,
Laman Utama

“Kaki Ditarik, Leher Dicekik…”- Seram! Bella Astilah Dedah Keluarga ‘Diganggu’ Ketika…

Syafiqah Jalal
17/08/2021
04:50 MYT
Pelakon Bella Astilah mendedah dia dan keluarga pernah diganggu makhluk halus ketika berada di sebuah pusat peranginan.
Menurut Bella gangguan itu diterima ketika dia berusia 9 tahun iaitu selepas dia dan adiknya, Didi Astilah selesai penggambaran untuk satu album kanak-kanak di satu tempat.
Mereka sekeluarga disediakan tempat tidur di satu kondominum berdekatan dengan lokasi penggambaran.
“Cerita ni dah lama tapi saya tak boleh lupa dan masih ingat sampai sekarang. Ketika itu saya masih kecil lagi.
“Kami diberi satu tempat tinggal oleh produksi untuk bermalam selepas selesai penggambaran album kanak-kanak pada hari tersebut.
“Malam itu, ketika tiba di kondominum itu kereta sangat banyak dan tempat letak kereta penuh sehingga kami terpaksa ‘parking’ kereta di tepi jalan berdekatan,” ceritanya.
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu berkongsi kisah tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Meneruskan ceritanya, Bella memberitahu kisah seram bermula apabila mereka menjejakkan kaki ke tempat peranginan tersebut selepas dia menghidu bau yang sangat busuk di kondominium berkenaan.
Kata Bella lagi, mereka terus diganggu dengan banyak perkara aneh sehingga kaki ibunya ditarik dan leher dicekik.
“Tiba sahaja di ‘lift’ saya terhidu sesuatu yang sangat busuk dan terus mencari dari mana datangnya bau itu sehingga jumpa di satu tangga yang gelap dan penuh dengan plastik beg hitam. Saya tidak memeriksanya dan terus berlalu pergi.
“Malam itu, ketika ibu hendak ke tandas dia terlihat di dalam ‘bathtub’ ada seorang wanita berambut panjang berjurai tanpa menampakkan wajahnya sedang duduk dalam air yang berwana merah seperti darah penuh.
“Ibu terus pengsan dan ayah bawa ke atas katil dan baringkannya. Tidak lama selepas itu, ibu tiba-tiba mencekik lehernya sendiri sekuat hati. Ayah cuba meleraikan tanganngya tetapi cengkaman itu kuat sehingga ayah terpaksa menampar beberapa kali sehingga ibu sedar.
“Tidak cukup dengan itu, ibu sekali lagi diganggu apabila kakinya ditarik kuat sama seperti kita menonton cerita seram sebelum ini,” ceritanya panjang lebar.
Tambah Bella, akhirnya mereka tidak dapat tidur pada malam tersebut dan menunggu waktu subuh untuk pulang kerana tidak tahan dengan gangguan yang diterima.
Sebaik sahaja keluar dari kondominium itu, Bella mendapati kereta yang didapati penuh pada malam itu kosong dan sunyi seperti tiada siapa menginap di situ.
Bella berkongsi kisah seram itu untuk cabarannya sebagai pelakon drama Malaysian Ghost Stories yang akan ditayangkan mulai 25 Ogos ini setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria (saluran 104), jam 11 malam.
Selain Bella, Malaysian Ghost Stories turut dibintangi oleh Janna Nick, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifli, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar