,
Hiburan

Kakak-Kakak Beri Amaran Jangan 'Gula-Gulakan' Umisya, Anggap Video Boomerang Seperti Kisah Psiko - "Banyak Plot Twist"

Amri Hassan
14/04/2024
13:55 MYT
Kakak kepada madu Marissa Dania Hakim iaitu Nadia Mazlan tampil menyelar tindakan pempengaruh media sosial itu yang berkongsi video boomerang bersama adiknya, Umisya Mazlan pada Ahad.

BERITA TRENDING: "Mungkin Marissa Rindu" - Ada Berbalah & Lama Tak Berhubung, Madu Marissa Dania Dakwa Hubungan Tak Seperti Digambarkan

PILIHAN PEMBACA:Lerai Kekeliruan, Marissa Dania Kongsi Foto Bersama Madu

Nadia menganggap keterbukaan Umisya menerima suaminya Ahmad Aslam yang berpoligami bukanlah tiket untuk mempergunakan adiknya sebagai konten.
"Tiba-tiba keluarkan gambar berdua.
"Dia diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’.
"Awak jangan lupa dia bukan 'seorang' ya. Ada ramai di belakang dia,” tulisnya menerusi Instagram Story.

BERITA TRENDING: "Ya, Kami Masih Bersama" - Umisya Mazlan Kongsi Foto Mesra Berpimpin Tangan Dengan Aslam, Demi Elak Fitnah

Nadia turut memuat naik video berbentuk GIF memaparkan aksi badut dan bersebelahan dengan animasi seorang wanita berhijab.
Perkongsian tersebut dilakukan sejurus adiknya yang juga isteri pertama Aslam menjelaskan situasi sebenar di sebalik video mesra dimuat naik Marissa.
Dalam pada itu, Nadia mengakui terkejut dengan tindakan Marissa yang secara tiba-tiba memuat naik video ‘boomerang’ bersama adiknya pagi tadi.
"Tak pasal-pasal orang ingat selama ni dia drama, marketing, kontent... Apo! Jaga-jaga ya kalau nak keluarkan statement apa-apa.
"Nak pesan awal-awal ni takut makan diri nanti," ujarnya lagi.

PILIHAN PEMBACA: Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”

Anggapan Nadia menerusi ulangsiar Instagram Stories Eaisyah Listra, perkongsian anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu seperti sebuah kisah psiko.
"'Nak tanya, raya ada minta maaf tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak meroyan? Sekejap lagi nak beli popcorn, cerita psiko ini best layan. Plot twist banyak," tulisnya.
Dalam masa sama, kakak Umisya, Sella Mazlan turut mengulang siar semua hantaran Umisya, Nadia dan Eaisyah Listra di akaun media sosialnya sebagai tanda sokongan.
Terdahulu, Marissa memuat naik video ‘boomerang’ bersama Misya seakan mahu menyatakan mereka dalam keadaan baik dan tidak lagi berbalah antara satu sama lain.
Selang beberapa jam kemudian, Misya menjelaskan bahawa situasi sebenar antara mereka tidak seperti yang digambarkan dalam ‘boomerang’ tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar