HIBURAN
Kaka Azraff Enggan Ulas Dakwaan Isu Rumah Tangga, Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Saya Tak Lari, Cuma Jaga Banyak Hati”
Penyanyi, Kaka Azraff memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan status rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff yang dikatakan kembali bermasalah.
Tiada kepastian
Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, dia tidak berani untuk memberi sebarang kenyataan memandangkan tiada kepastian mengenai status hubungan mereka.Bagaimanapun dia berharap agar rakan-rakan dan peminat dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
"Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya mohon doa daripada semua. Doakan yang terbaik untuk saya, anak-anak dan Adam (suami)," katanya."Sebenarnya saya bukan nak mengelak, saya pun menghormati rakan media dan netizen yang ingin tahu tentang hal rumah tangga saya. "Cuma sekarang ini untuk saya beri kenyataan, benda pun tidak ada yang nyata lagi jadi saya tak mahu bercakap lebih lanjut.
Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Galeri Rockqueen yang diadakan di Denai Alam, Selangor pada Rabu.
Jaga hati semua pihak
Namun kata Kaka, dia tidak menolak untuk berkongsi kepada umum sekiranya sudah mempunyai pengesahan tentang status rumah tangganya itu.Jelas Kaka lagi, dia tidak melarikan diri daripada menjawab persoalan tentang kemelut keluarga sebaliknya memilih untuk menjaga perasaan semua pihak terlibat termasuk keluarga.
"Alhamdulillah saya bahagia disamping anak-anak dan keluarga. Sekiranya ada pengesahan tentang status saya selepas ini, mungkin saya akan kongsikan untuk mengelakkan fitnah," ujarnya."Hal ini melibatkan ramai orang. Sebelum ini ada orang kata sampai bila saya nak lari. Saya tidak melarikan diri, cuma sedang menjaga banyak hati. "Saya rasa kalau saya buka cerita ini (kisah keluarga) boleh mendatangkan fitnah. Jadi saya harap menghormati keputusan saya untuk tidak lagi berkongsi apa-apa.
Kisah peribadi diterjemah dalam album baharu
Sementara itu, Kaka turut memberitahu bahawa kisah peribadi yang dilaluinya itu turut diterjemahkan dalam bentuk karya menerusi album baharu yang bakal dilancarkan tak lama lagi"Kebanyakan lagu ditulis oleh saya sendiri dan ceritanya adalah sangat dekat dengan diri saya," katanya."Selepas ini anda mungkin boleh selami hati saya menerusi lagu-lagu dalam album terbaharu nanti. "Buat masa ini saya sudah merakamkan enam buah lagu dan kesemuanya adalah luahan hati dan apa yang saya lalui.
ARTIKEL BERKAITAN:“I Love You A Trillion” - Kongsi Foto Berpeluk, Kaka Azraff & Adam Azriff Kembali Bersama?
ARTIKEL BERKAITAN:"Tahun Ini Banyak Buka Mata Untuk Muhasabah Diri" - Enggan Dibayangi Kisah Sedih, Kaka Azraff Kini Berjinak-Jinak Tulis Lirik Lagu
ARTIKEL BERKAITAN:Kunci Mulut Hal Peribadi, Kaka Azraff Sedang Biasakan Diri Hidup Sendiri - "Saya Gembira, Suka Dengan Diri Sekarang..."
ARTIKEL BERKAITAN:Kaka Azraff Kongsi Petikan Ayat Tentang Lelaki Bertanggungjawab - "Kahwinilah Lelaki Yang Boleh ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Mohon Ruang, Kaka Azraff Tampil Bersuara Selepas Didakwa Sudah Bercerai - “Maaf Sekiranya Saya & Adam Tak Dapat…”
Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun.
Difahamkan, pasangan ini sah bercerai talak satu dan pengesahan tersebut dibuat secara ekspres di Mahkamah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu.
Namun pada Januari lalu, Kaka dan Adam dikatakan sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.
Must-Watch Video