,
Viral

"Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei Tapi Dapat Surat Minta Tangguh Lagi" - Khir Rahman

Amri Hassan
18/05/2020
10:54 MYT
Pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyatakan kekesalan terhadap tindakan penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud yang sekali lagi memungkiri janji untuk membayar wang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.
Kata Khir, Ogy mengambil pendekatan melantik syarikat guaman dan menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu (Sabtu).
"Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.
"Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei.
"Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.
"Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi.
"Cuma kali ni, belum pun sempat menandatangani kontrak tawaran baru, penangguhan pula yang diberitahu. Ini sangat mengecewakan," tulisnya menerusi akaun Twitter.
Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8hb May yg lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ..telah menghantar surat tawaran penyelesaian utk bayaran kami yg masih tertunggak itu ..— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 17, 2020 Khir difahamkan punca penangguhan itu disebabkan ketidakcukupan dana untuk membayar tenaga produksi yang terbabit.
Justeru, Khir merayu kepada pelakon terbabit agar menjelaskan hutangnya dan menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Sila bayar hak kami...saya mohon!
"Mencari dana adalah sebelum melaksanakan satu-satu produksi, bukan sesudah.
"Jangan guna kes-kes begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan palsunya janji-janji Kak Ogy.
"Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.
"Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik.
"Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai," tambah Khir lagi.
Selain Khir, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi terbabit.
"Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud. "Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu," tulisnya. Situasi mulai kecoh apabila pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung mendakwa Ogy sengaja melarikan diri dan enggan membayar baki yang tertangguh.
Namun, Ogy tampil membalas kenyataan itu dengan memberitahu dia sedang berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

gempak
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Hiburan

Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia

gempak
19/05/2024
16:32 MYT
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.