gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Rizal Rasid Tidak Sangka Persembahan Gento Curi Perhatian Warga Filipina - “Bila Kami Tengok Sambutan Dari Filipina, Kami Rasa…”
VIRAL
Wanita Terkaya Dunia 2025, Lucy Guo Pandu Honda Civic & Beli-Belah Di Shein
HOLLYWOOD
Dakwa Nyawa Terancam, R Kelly Minta Dibebaskan Dari Penjara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kak KM Tak Pernah Perlekehkan Suami, Jaga Hubungan Rumah Tangga - "Kena Banyak Bersabar, Kekalkan Spark Macam Zaman Bercinta"

gempak
Ernalisa
15/10/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Kak KM Tak Pernah Perlekehkan Suami, Jaga Hubungan Rumah Tangga - "Kena Banyak Bersabar, Kekalkan Spark Macam Zaman Bercinta"
Usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM yang tidak pernah lekang dengan kontroversi akui perjalanan rumah tangganya yang kini berusia 22 tahun bukan satu perkara mudah untuk dipertahankan.
Hanya berkongsi pandangan peribadinya, kata figura tinggi lampai ini, pasangan suami isteri tidak boleh "selekeh" dan harus mengekalkan "spark" dalam rumah tangga masing-masing.
Katanya, walau sering terpalit dengan cerita-cerita kurang enak, dia bersyukur masih dapat mempertahankan mahligai yang dibina bersama suami tercinta Razman Ramli sehingga hari ini.
Jelas Kak KM lagi bukan mudah bagi individu sepertinya ingin mencapai usia rumah tangga sehingga hari ini jika tidak mempunyai kesabaran tinggi.

"First sekali kita tak nak ceritalah rumahtangga orang.Bukan senang nak capai ke tahap ini kita kena banyak sabar,komunikasi tak boleh breakdown..kita tak boleh hidup lebih kurang dengan partner kita,baik suami baik isteri.

"Macam bagi Kak KM sendiri kita kena kekalkan spark kita tu apa yang biasa kita buat waktu bercinta,kita kena bawa waktu kita berkahwin. So tak boleh selekeh. Kita kena jaga semua,tak boleh kurang hajar,tak boleh perlekehkan pasangan kita.

"Kalau jadi apa-apa kita fikir anak,orang sekeliling,mak mertua.Kita tak boleh belah kita je. Kena fikir banyak sudut," katanya.

Tidak mahu mendabik dada dengan usia perkahwinan yang baru setahun jagung, bagaimanapun ibu kepada empat orang anak ini ternyata mengharapkan yang terbaik dengan mahligai yang dibina sekian lama.
Topic Berkaitan
#Rumahtangga
#Kak
#Dalam
#Sabar
#KM
#banyak
Must-Watch Video