gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”
HIBURAN
'Squid Game' Musim Ketiga: Pertembungan Terakhir Gi-Hun, Front Man
BERITA
Kambing 'Santai' Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kahwin Ketika Usia 19 Tahun, Tajul Arif Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bertahan - “Kena Bersiap Sedia Tiga Perkara Iaitu…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/04/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
Kahwin Ketika Usia 19 Tahun, Tajul Arif Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bertahan - “Kena Bersiap Sedia Tiga Perkara Iaitu…”
Berkahwin ketika usia 19 tahun, penyanyi Tajul Arif mengakui ada waktu susah dan senang selain manis serta pahit sepanjang perkahwinannya.
Bagaimanapun, Tajul berkata sebuah rumah tangga itu akan mampu bertahan dengan tiga perkara antaranya kesabaran dan kewangan yang kukuh.
“Berkahwin di usia muda ini ada susah dan senangnya. Ada manis dan pahit. Perasaannya bercampur baur. Nak bagi tips pun, rasanya saya belum cukup arif.
“Saya kahwin pun baru enam tahun tapi boleh saja berkongsi pengalaman sendiri. Kalau nak berkahwin pada usia muda, kena bersiap sedia tiga perkara iaitu kuatkan mental, sabar dan kukuhkan kewangan.
“Kalau tiada tiga perkara ini, rumah tangga tidak akan bertahan. Sebagai ketua keluarga, banyak perkara yang kita kena fikir. Bebanan pun banyak.
“Jadi, kena bersedia demi kebahagiaan kelurga,” kata Tajul kepada Gempak ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama FMC di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini.
Untuk info, Tajul mendirikan rumah tangga dengan isteri iaitu Nurul Shamieza Eddie 10 Disember 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Tajul
#Isteri
#Rumah tangga
#Tajul Arif
#Isteri Tajul
#Tajul kahwin
Must-Watch Video