,
Laman Utama

"Kahwin Dua? Tak... Saya Bujang Terlajak" - Suami Heliza Jawab Spekulasi Netizen, Tasbih Digital Jadi Perhatian

Amri Hassan
09/01/2022
04:50 MYT
Pasangan pengantin baharu, Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza Helmi terus menjadi sorotan sejak mendirikan perkahwinan sejak seminggu lalu.
Selain majlis pernikahan mengejut, imej Mahadi yang berjanggut panjang juga kerap diperhatikan netizen.
Menerusi siaran langsung sebuah program bual bicara baru-baru ini, pasangan itu tampil menjawab spekulasi status Mahadi sebelum bernikah dengan Heliza.
Mahadi ketika ditemubual menangkis dakwaan bahawa dirinya sudah beristeri ketika berkahwin dengan Heliza.
"Bila saya tengok komen-komen tu saya sendiri yang terkejut. Heliza pun terkejut ‘eh kahwin dua? Pernah kahwin ke sebelum ni?’
"Tak, jadi saya nak klarifikasikan semua ini sebelum kahwin saya ni teruna bujang trang tang-tang so bujang terlajak lagi lah.
"Umur 38 barulah dapat bidadari syurga yang telah diizinkan oleh Allah untuk dijadikan suami dan isteri. Semoga kami berkekalan till jannah insya-Allah," katanya.
Sementara itu, menerusi video yang dimuatnaik semula di TikTok, kemunculan pasangan itu bersama tasbih digital ketika siaran langsung turut menjadi perhatian.
"Laki bini pegang zikir digital. Allahu indah.
"I'm looking at the tasbih digital. Mana-mana pergi ada je kat jari. Ya Allah couple goals sangat.
"Comel je, dekat jari dua-dua ada tasbih," demikian puji beberapa pengguna media sosial.
Heliza dan Mahadi telah sah sebagai suami isteri pada 1 Januari 2022 setelah selamat melangsungkan perkahwinan di Masjid Besi, Putrajaya.
@ummupresint17 Ini Perkahwinan Kedua DS Mahadi? Dengarkan Penjelasan DS Mahadi..Masha Allah #mahadibz #helizahelmi #fypシ #fyp #hnmtilljannah #tiktokmalaysia ♬ Syukur (Alhamdulillah) - UNGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.