,
Laman Utama

Kagum Rakyat Pantas Hulur Bantuan, Ayda Jebat Turut Sama Salur Sumbangan Ringankan Beban Mangsa Banjir

Izwan Isa
22/12/2021
23:50 MYT
Keprihatinan rakyat dalam membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini dilihat memberikan impak yang cukup luar biasa dalam menyantuni nasib sesama sendiri.
Tidak kurang dengan itu, barisan selebriti dan jenama-jenama besar juga dilihat sama-sama berganding bahu dalam meringankan beban mereka yang terlibat dengan musibah banjir.
Bagi penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia telah mencetuskan rasa kagum dalam dirinya dan sekaligus berharap dan berdoa agar mereka yang telah memberikan bantuan sentiasa dirahmati Allah.
"Saya sangat sebak dan bangga dalam masa sama melihat rakyat Malaysia berganding bahu menghulur bantuan atas usaha mereka sendiri.
"Satu semangat sebenar yang menyentuh hati dan membuktikan rakyat negara ini bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain bila berlaku musibah," katanya.
Selain itu, Ayda turut melahirkan rasa bangga terhadap rakan selebriti yang turut sama turun padang dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir antaranya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Alha Alfa dan Datuk Hattan.
Menurut penyanyi lagu Pencuri Hati itu, masing-masing boleh memainkan peranan dan membantu semua masyarakat yang banyak menyokong kerjaya seni mereka.
Akuinya, dia sendiri melakukan sedaya mungkin dalam usaha meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
"Kadang-kadang tak perlu tunggu kaya atau berharta untuk membantu. Bantuan boleh dilakukan dalam apa cara termasuk doa.
"Saya tabik dengan semua pihak. Ada yang bersedia sumbangan tenaga membantu menjadi sukarelawan," katanya.
Difahamkan Ayda turut sama menyalurkan sumbangan kepada beberapa kempen bantuan yang dijalankan antaranya #TanganSembunyi yang menyumbangkan makanan kepada Pusat Pemindahan Sementara berkaitan.
Dalam pada itu, menerusi hantaran Instagram Storynya, Ayda turut berpesan supaya tidak pergi ke lokasi mangsa-mangsa banjir semata-mata untuk content di media sosial. Katanya, janganlah ambil kesempatan dalam kesempitan dan kesusahan orang lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Viral

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

gempak
19/08/2024
11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.