,
Laman Utama

"Kadang-Kadang Ada Je Masalah, Tapi Dia..." - Zul Ariffin Cerita Kebaikan Michael Ang

Asraf Aided
17/06/2021
05:40 MYT
Aktor popular, Zul Ariffin memuji cara pengarah profilik, Michael Ang bekerjasama di set penggambaran.
Menurut Zul yang kini membintangi drama Love Elsa, Michael sangat menghormati keselesaan pelakon-pelakonnya dan selalu memudahkan urusan kerja.
"Apa yang saya boleh katakan mengenai Michael, dia sangat menghormati apa yang pelakon-pelakonnya rasa selesa dan tidak selesa.
"Dia juga selalu memudahkan kerja, ya lah, kadang-kadang akan ada saja masalah yang berlaku di set, tapi Michael akan buatkan perkara itu jadi mudah untuk semua orang," katanya.
Zul berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtual bagi mempromosikan drama Love Elsa petang semalam.
Drama bersiri arahan Michael itu merupakan adaptasi novel dengan judul sama nukilan Acik Lana.
Tambah Zul, Michael juga sering memberi semangat dan keyakinan kepada para pelakon, justeru, sifat-sifat positif tersebut akan membuatkan mereka ingin terus bekerjasama dengannya di masa akan datang.
"Michael juga sering buat kita rasa lebih yakin, orang yang dah kerja dengan dia biasanya akan rasa ingin bekerjasama lagi pada masa akan datang," tambahnya.
Selain Zul, Love Elsa turut dibintangi oleh Uyaina Arshad, Riz Amin, Mona Allen, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Drama 24 episod ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria menerusi slot Megadrama.
Ia juga boleh distrim menggunakan aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.