,
Laman Utama

“Kadang Orang Panggil Mat Rempit Tapi…”- Ride Motosikal Dengan Akiem Stopa, Ebit Lew Ingatkan Nasib Setiap Orang Tak Sama

Syafiqah Jalal
18/05/2022
11:56 MYT
Pendakwah dan dermawan terkenal, Ebit Lew gembira apabila mendekati anak muda terutama yang bermotosikal seperti Akiem Stopa lewat malam kemarin.
Menurut Ebit rata-rata anak muda yang sering digelar mat rempit itu mempunyai hati yang baik dan lembut.
Ebit mengingatkan ujian hidup setiap orang berbeza dan mereka hanya manusia biasa yang mencari rezeki sama seperti insan lain.
“Malam tadi ride motor pusing KL dengan Akiem Stopa cari anak muda sampai 2 pagi. Baik-baik semuanya. Lembut hati.
“Bila tengok anak muda bawa motor sana sini kadang orang panggil mat rempit. Tapi disebaliknya mereka anak-anak kita, adik-adik kita semuanya. Rajin cari rezeki buat keluarga.
“Nasib semua orang tak sama. Ujian hidup berbeza. Semua baik jer dengar nasihat khusuk je. Last belanja makan ikan singgang. Semua azam nak ikut tiga hari di jalan Allah belajar iman,” katanya.
Ebit berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu dia memuat naik rakaman video sepanjang mendekati remaja berkenaan sekaligus mencuba aktiviti bermotosikal.
Pun begitu, Ebit terus memberi nasihat agar apa sahaja yang dilakukan jangan tinggal perintah Allah.
“Kita ada Allah. Adik-adik teruskan usaha jangan putus asa. Siapa tahu rezeki apa Allah sediakan di masa hadapan. Syukur dan hargai hidup kuncinya. Jaga solat. Jaga mak ayah buat mereka tersenyum insyaAllah hidup adik semua bahagia.
“Dunia boleh menilai kita. Kita kejar Redha Allah. Itulah segalanya. Segalanya milik Allah,” nasihatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Peraduan

Strim Filem Sony Kegemaran Anda di Astro First On Demand Store & Menang hadiah eksklusif daripada Sony!

gempak
20/08/2024
01:00 MYT
Strim Filem Sony Kegemaran Anda di Astro First On Demand Store dan Berpeluang untuk Menang hadiah-hadiah menarik dari Sony!
Viral

Selamba Guna Lebuh Raya Dari Arah Bertentangan, Geng Mat Rempit Teruk Dikritik Netizen - “Tak Ada Tujuan Hidup…”

gempak
07/08/2024
05:55 MYT
Satu hantaran di media sosial baru-baru ini tular apabila ia memaparkan sekumpulan ‘Mat Rempit’ secara beramai-ramai menggunakan lebuh raya.
Hiburan

Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

gempak
06/06/2024
09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.