,
Laman Utama

Kadak Rupanya Pengkhianat! Apa Jadi Pada Iman? Plot Twist Macam K-Drama! Ramai Resah Tunggu Episod Akhir One Cent Thief

Mya Amri
25/11/2022
13:51 MYT
Episod tujuh drama premium terbitam Astro Originals, One Cent Thief meninggalkan begitu banyak persoalan.
Mungkin ramai tidak menyangka watak Kadak lakonan Amerul Affendi yang kononnya selama ini membantu Iman rupanya pengkhianat!
Rancangan Iman untuk membunuh ibu Zara terbantut apabila pistol yang dipegang rupanya tidak mempunyai peluru.
Kadak pula sepantas kilat terus menembak rakan-rakan pakatan Iman sebelum mengacukan pistolnya ke arah Iman.
Malang juga buat Iman apabila Intan telah menceritakan segala perbuatan Iman kepada Irene.
Dari satu sudut lain pula, Irene iaitu boss kepada Intan juga kelihatan mencurigakan. Disebabkan itu juga ramai yang mengesyaki bahawa dia juga merupakan salah seorang pengikut ibu Zara.
Persoalannya, bagaimanakah nasib Iman selepas ini? Semuanya akan terjawab dalam episod akhir One Cent Thief.
Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9malam.
One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

gempak
30/07/2024
13:25 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 57, mendedahkan bahawa watak gengster yang dibawakan di dalam siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change mempunyai nilai tersendiri.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Astro Originals - i.D

gempak
06/02/2024
09:29 MYT
Hiburan

Gamers Mangkuk: Rupanya Amir Ahnaf Pun Terjebak Main Game - “Dapat Skrip, Baca, Terus Download Mobile Legend”

gempak
19/01/2024
09:01 MYT
Amir Ahnaf pun terjebak dengan game guys.