,
Viral

Kabosu, Anjing Di Sebalik Meme Popular Di Internet Ini Telah Pergi Buat Selamanya…

Gempak
24/05/2024
10:20 MYT
Sensasi internet, anjing bernama Kabosu yang terkenal di seluruh dunia maya dilaporkan telah pergi buat selamanya pada Jumaat.
Anjing yang sering dijadikan meme oleh pengguna internet itu dilaporkan telah pergi buat selamanya kerana penyakit leukemia dan masalah pada hati.

18 tahun

Pemilik Kabosu, Atsuko Sato, haiwan kesayangannya itu mati pada usia 18 tahun.

“Dia pergi dengan sangat tenang tanpa penderitaan, seperti sedang tertidur sambil merasakan hangatnya tanganku mengelusnya,” kata Atsuka menerusi akaun Instagram @kabosumama.

Dalam perkongsian tersebut, Atsuko juga mengucapkan terima kasih kepada wargamaya dan juga orang ramai yang selalu menzahirkan rasa sayang mereka kepada Kabosu.
“Terima kasih banyak sebab telah menyayangi Kabosu selama ini. Saya yakin Kabosu adalah anjing paling bahagia di dunia. Itu menjadikan saya pemilik paling bahagia di dunia.
“Saya ingin menyampaikan apresiasi terdalam kepada semua orang yang telah mengirimkan banyak cinta kepada kami,” ucapnya lagi.

Upacara perpisahan

Atsuko memberitahu yang dia akan mengadakan acara perpisahan untuk Kabosu di Tokyo pada Ahad ini.
“Kabosu masih tersenyum dan tertawa, tersenyum dan mengibaskan ekornya, meringkuk ke arah saya. Saya yakin dia masih begitu. Saya yakin dia akan bersama saya untuk waktu yang lama,” tuturnya.
Pada Desember 2022 lalu, Atsuko mendedahkan keadaan kesihatan Kabosu yang semakin merosot.
Saat itu, Atsuko menjelaskan Kabosu didiagnosis kolangiohepatitis akut dan leukemia limfoma kronik.
Kabosu merupakan anjing baka Shiba Inu yang sudah dipelihara oleh Atsuko sejak 2008.
Selama ini, foto Kabosu begitu popular dan kerap digunakan oleh ramai orang di platform media sosial.
Selepas tular di Reddit pada 2010, foto Kabosu itu dijadikan meme dan digunakan oleh wargamaya untuk memberi ekspresi terhadap perkara yang sedang dibincangkan.
Tak hanya itu, foto Kabosu juga digunakan untuk logo mata wang kripto Dogecoin.
Pada 2023 lalu, Kabuso digunakan Elon Musk untuk logo X.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Gendong Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.