,
Laman Utama

Justin Bieber Positif COVID-19, Terpaksa Tunda Konsert Jelajah!

Amri Hassan
21/02/2022
04:36 MYT
Pesohor Hollywood, Justin Bieber yang sepatutnya mengadakan persembahan sempena Justice World Tour di Las Vegas pada Ahad disahkan positif virus COVID-19.
Hal itu sekali gus menyebabkan konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh baharu iaitu 28 Jun 2022.
"Disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan produksi, Justice World Tour akan ditunda ke tarikh 28 Jun 2022.
"Justin sangat kecewa namun kesihatan dan keselamatan kru serta peminatnya menjadi prioriti.
"Konsert jelajah di San Diego sebelum ini mendapat sambutan yang luar biasa dan Justin sangat teruja untuk persembahan di Las Vegas," maklum kenyataan media oleh wakil penganjur. Menurut laporan media terdahulu, konsert jelajah Justice World Tour itu telah dimulakan di San Diego pada Jumaat lalu dan akan diadakan di 20 buah negeri sehingga Mac 2023.
Jaden Smith dan TEO antara artis yang dijangka membuat persembahan pembukaan di beberapa lokasi.
Terdahulu, Justin bersama isterinya, Hailey dilaporkan keluar bersama-sam dengan pasangan Kendall Jenner dan Devin Booker untuk menonton perlawanan Super Bowl LVI.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar