Berita

#JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

gempak
Awani
07/06/2024
09:05 MYT
Sponsor Banner
#JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham
Anggota keluarga tidak pernah melantik Mahmud Abdul Jumaat sebagai peguam rasmi bagi mewakili ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Perjelas salah faham tentang peguam

Datuk kepada kanak-kanak tersebut, Zahari Mohd Reba berkata, berlaku salah faham antara peguam dan mungkin juga pihak media susulan penahanan anaknya, baru-baru ini.
Menurutnya, peguam rasmi buat pasangan itu adalah Fahmi Abd Moin dan pasukannya yang akan mewakili pasangan tersebut selepas ini.
Jelasnya lagi, penglibatan Mahmud adalah melalui inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diuruskan anaknya sebelum ini.

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Tambahnya, pada masa ini, dia dan keluarga hanya mahu keadilan untuk cucu, anak dan menantunya itu.

“Saya mahu keadilan. Keadilan untuk Zayn Rayyan cucu saya. Pada masa kejadian itu, dia (anaknya) ada bersama saya,” katanya

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah” - Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahmud Sahkan Tidak Lagi Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Sebelum itu, Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya kecoh ketika ibu bapa kanak-kanak Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk perintah rteman.
Beberapa individu, dipercayai keluarga kedua-dua pasangan itu menjerit, mengeluarkan beberapa perkataan sebaik sahaja pasangan itu tiba di hadapan mahkamah.
Malah, bapa kepada Zayn Rayyan berkata: "Ini semua fitnah" saya dianiaya, saya tidak bersalah” sebelum memasuki pintu mahkamah.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024