Viral

Juruterbang Pengsan, Penerbangan EasyJet Lakukan Pendaratan Cemas

gempak
Gempak
11/02/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Juruterbang Pengsan, Penerbangan EasyJet Lakukan Pendaratan Cemas
Penerbangan EasyJet dari Hurghada, Mesir ke Manchester terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Athens selepas juruterbangnya dilaporkan pengsan di pertengahan perjalanan.
Perkara ini disahkan oleh jurucakap EasyJet dalam satu kenyataan rasmi.
"Kami mengesahkan bahawa penerbangan EZY2252 dari Hurghada ke Manchester pada malam semalam telah dilencongkan ke Athens kerana Kapten memerlukan bantuan perubatan.
“Pembantu juruterbang telah melakukan pendaratan mengikut prosedur operasi standard dan pesawat disambut oleh pasukan perubatan di Athens.
"Kami memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran serta pemahaman mereka." katanya dalam satu kenyataan.
Menurut saksi kejadian, suasana dalam pesawat bertukar cemas apabila kru kabin bergegas ke bahagian hadapan sambil meminta bantuan daripada penumpang yang mempunyai kemahiran perubatan.
Pada awalnya, kebanyakan penumpang menyangka individu yang mengalami masalah kesihatan adalah penumpang biasa. Namun, mereka kemudian dimaklumkan bahawa juruterbang pesawat itu sendiri yang jatuh sakit. Penumpang berkata mereka menerima makluman bahawa pesawat perlu melakukan pendaratan kecemasan. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pesawat bergoyang kuat semasa proses pendaratan.
Bagaimanapun, pembantu juruterbang berjaya mengendalikan pesawat dengan selamat, dan sebaik sahaja mendarat di Athens, paramedik sudah bersedia untuk memberikan bantuan perubatan kepada juruterbang yang terjejas.
Akibat insiden ini, penerbangan ke Manchester terpaksa ditangguhkan semalaman.
Pihak EasyJet mengambil langkah untuk mengurangkan kesulitan penumpang dengan menyediakan penginapan hotel dan makanan kepada mereka yang terjejas.
Selepas keadaan kembali terkawal, semua penumpang meneruskan perjalanan ke Manchester pada keesokan harinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024