Viral

Juruterbang MAS Tunjuk ‘Skill’, Dapat Perhatian Dunia

gempak
Gempak
10/12/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Juruterbang MAS Tunjuk ‘Skill’, Dapat Perhatian Dunia
Kecekapan juruterbang Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka terus mendapat pujian orang ramai.
Pujian tersebut diperoleh daripada masyarakat dunia selepas klip video memaparkan sebuah pesawat Airbus A350-900 baharu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London tular di media sosial.
Lebih membanggakan, juruterbang yang mengendalikan pesawat jumbo itu berjaya mengimbangi pesawat tersebut ketika menghadapi keadaan ribut serta angin kencang sewaktu mendarat di lapangan terbang terkenal itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji kemahiran juruterbang itu.
“Terbaik pilot MH (Malaysia Airlines) selamba saja dia mendarat dalam keadaan cuaca macam tu"
“Penerbangan terbaik oleh kapten kapal. Pendaratan yang sangat baik. Tunduk hormat untuk kapten MAS,” komen dari netizen.

BERITA TRENDING: Netizen Terkejut Ina Naim Beri Jawapan ‘Kasar’ Selepas Disoal Pekerjaan Suami – “Wow Dah Lain Sangat Ya”

BERITA TRENDING: Semakin Kurus & Dipuji Cantik Seperti Marian Rivera, Bella Dowanna Nafi ‘Cengkung’ Sebab Putus Cinta - “Tak Broken Pun, Memang…”

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11 RECAP : Tok Ram Cabar Liza Aziz Nyanyi Acappela, Nai Dinamik Gagal Mara! Semak Markah Penuh Minggu Ketiga

BERITA TRENDING: 12 Artis Terkenal Bakal Gegarkan Astro Showcase Di Festival MLBB M6! Masuk Percuma

Untuk rekod, kejadian itu bukan pertama kali membabitkan juruterbang MAS, malah sebelum ini beberapa klip video memaparkan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines mengendalikan pesawat besar ketika cuaca buruk termasuk angin lentang di beberapa lapangan terbang pernah tular sebelum ini.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024