,
Laman Utama

‘Jurnal Risa The Series’ Diangkat Dari Kisah Benar Risa Saraswati - “Saya Mula Lihat & Berkomunikasi Dengan Hantu Sejak…”

Asyikin Mayudin
30/05/2023
13:55 MYT
Jika anda peminat novel best seller karya Risa Saraswati berjudul Jurnal Risa: Teror Liburan Sekolah, wajib untuk tonton drama siri Jurnal risa The Series yang sudah mula ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 27 Mei lalu.
Menurut Risa, jalan cerita untuk drama siri itu diubah sedikit untuk menjadikan ia lebih menarik namun hampir 80 peratus mengekalkan kisahnya sendiri.
“Cerita ini sememangnya diangkat dari buku berjudul Jurnal Risa… jika dilihat pada skrip, saya nampak memang ada beberapa perubahan untuk bikin jalan ceritanya lebih bagus.
“Tapi secara keseluruhan, hampir 80 peratus, diambil dari isi cerita saya sendiri,” katanya kepada Gempak.
Risa berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual secara eksklusif bersama Gempak menerusi virtual baru-baru ini.
Berkongsi mengenai kelebihannya, Risa mendedahkan dia mula melihat makhluk halus ketika usia kira-kira 3 tahun dan mula berkomunikasi dengan mereka sekitar usianya 8 hingga 10 tahun.
“Ya, saya masih (boleh nampak hantu). Malah, sekarang saya mempunyai saluran YouTube Jurnal Risa bersama saudara saya yang juga boleh berkomunikasi dengan hantu sampai sekarang.
“Sekitar 9 sampai 10 tahun pertama kali akhirnya saya berkomunikasi dengan hantu. Sebenarnya dari saya kecil lagi, dari sekitar umur 3 tahun, kalau menurut keluarga, saya boleh melihat benda yang orang lain tak dapat lihat.
“Tapi kalau berkomunikasi itu lebih kurang umur 8 hingga 10 tahun,” kongsi Risa.
Diangkat dari novel tersebut dan konten saluran YouTube terkenal berjudul sama, serial horor ini diambil berdasarkan kisah mistik yang dialami Risa dan saudara-saudaranya ketika remaja.
Jurnal Risa The Series dibarisi pelakon iaitu Shofia Shireen (Risa Saraswati), Ali Fikry (Angga), Yusuf Ozkan (Nicko), Keanu Azka (Kakang), Alesha Fadillah (Indy), Sheryl Drisanna (Dewi), Dimas Putra (Agus), Quentin Stanislavski (Kulon) dan Alleyra Fakhira (Riri).
Jurnal Risa The Series mula ditayangkan pada 27 Mei lalu di Disney+ Hotstar dengan episode terbarunya disiarkan pada setiap Sabtu.
Untuk info, Risa Saraswati adalah seorang penyanyi sekaligus penulis lagu dan penulis novel populer Danur, yang sukses diadaptasi menjadi filem tahun 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Hiburan

Geng Challo Run Tayang Badan, Ikmal Amry; "Itu Pencapaian Hebat, Tak Mudah Nak Dapat ..."

gempak
14/11/2024
13:25 MYT
Pelakon Ikmal Amry tidak terkesan dengan kecaman yang diterima daripada netizen susulan tindakan ahli-ahli kelas sukan Challo Run yang disertainya sering tayang badan setiap kali melakukan aktiviti sukan.
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Unitar