,
Laman Utama

Jungkook BTS Antara Selebriti ‘Buka Pentas’ Piala Dunia 2022

Maliah Surip
13/11/2022
09:23 MYT
Salah seorang anggota BTS, Jungkook diumumkan sebagai salah seorang selebriti yang akan membuka pentas sebelum perlawanan FIFA Piala Dunia 2022 di Qatar.
Pengumuman tersebut dibuat oleh pihak BTS pada 12 November 2022, lapor Soompi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jungkook akan ‘meminjamkan’ suaranya untuk runut bunyi lagu Piala Dunia 2022 sekaligus membuat persembahan pada hari pembukaan temasya sukan yang sangat dinantikan itu pada 20 November ini.
“Kami di Big Hit dengan bangga mengumumkan Jungkook akan menjadi sebahagian daripada temasya Piala Dunia Qatar 2022 dengan menyanyi dalam runut bunyi dan akan membuat persembahan pada hari pembukaan. Tunggu,” tulis kenyataan tersebut.
Bagaimanapun agensi tidak menyatakan judul lagu yang akan dinyanyikan Jungkook
Piala Dunia Qatar 2022 direncanakan berlangsung pada 20 November ini di Stadium Al Bayt di Qatar.
Pada hari yang sama, temasya dibuka dengan pertandingan antara Qatar menentang Ecuador.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.