,
Hiburan

Jun Ji Hyun Hamil Anak Kedua, Peminat Tak Sabar Nak Tengok 'Mermaid' Ada Babybump

Mya Amri
27/06/2017
06:13 MYT
Heroin drama Korea popular, Legend of The Blue Sea, Jun Ji Hyun dilaporkan hamil anak kedua.
Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, Culture Depot semalam.
Usia kandungan Jun Ji Hyun atau juga dikenali sebagai Gianna Jun kini mencecah 10 minggu.
"Jun Ji Hyun telah mengesahkan kehamilannya selepas membuat pemeriksaan di hospital baru-baru ini
"Ji Hyun kini lebih berhati-hati untuk menjaga kandungannya memandangkan masih lagi di peringkat awal.
"Ini merupakan berita gembira dan diharapkan peminat dapat memberikan sokongan kepadanya," katanya seperti yang dilapor Portal Soompi.
Pelakon yang memegang watak sebagai ikan duyung menerusi drama tersebut juga dijangka bakal menimang cahaya mata keduanya pada Januari tahun depan.
Dalam pada itu, peminat juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat 'babybump' aktres cantik itu.
Jun Ji Hyun telah berkahwin dengan Choi Jun Hyuk pada 13 April 2012 dan dikurniakan seorang anak pada Februari 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.