,
Hiburan

“Jumpa Di Akhirat Nanti” - Tak Pernah Putuskan Hubungan, Zainal Abidin Akui Dengar Khabar Angin Anak Nikah

Asyikin Mayudin
19/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Datuk Zainal Abidin mengakui dia ada terdengar desas-desus mengenai anak perempuannya iaitu Timur Gabriel sudah mendirikan rumah tangga dan menetap di Jerman.

Tidak berhubung

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 64, bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui kesasihan khabar angin tersebut disebabkan mereka tidak lagi berhubung.

"Hubungan kami tidak dapat dieratkan kerana dia duduk jauh dari saya, menetap di Jerman. Saya tidak diberikan masa dan peluang untuk berjumpa dengan anak-anak saya.

"Anak perempuan saya yang Timur itu pun tak pasti sama ada sudah bernikah atau belum. Saya dengar desas-desus dia sudah bernikah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"

"Tetapi seharusnya kalau nak bernikah, kena jemput saya sebagai bapanya. Saya adalah walinya,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan pada Ahad.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hijau ini memberitahu dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya dan sentiasa mendoakan kebahagian mereka.

Usaha berdamai

"Saya tidak pernah memutuskan hubungan, tetapi apabila ada sesuatu pihak ingin memutus maka terpulanglah. Jumpa di akhirat nanti.
"Kalau berusaha sedaya upaya untuk berdamai pun saya rasa itu tidak akan berlaku. Saya hanya mengharapkan terbaik.

"Saya selalu mendoakan anak-anak, sembahyang lima waktu sehari sentiasa doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.
Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Awak Suruh Orang Meniduri Saya Beramai-Ramai…” - Bekas Menantu Zainal Abidin

gempak
21/09/2023
23:55 MYT
Perkongsian Sofia menjadi tular di TikTok.
Laman Utama

“Peminat Sekarang Kurang Ajar & Bodoh” - Zainal Abidin

gempak
04/09/2023
10:20 MYT
Kenapa Zainal Abidin berkata macam tu?
Laman Utama

Zainal Abidin Dedah Status Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat - “Pergi Makan, Berjumpa Untuk…”

gempak
22/08/2023
04:15 MYT
Akhirnya terjawab status Zainal dengan Fyna.
Laman Utama

Selepas Dikhabarkan Bercerai, 3 Bulan Fyna Tak Hubungi Ayda Jebat - "Dia Dalam Tempoh Bertenang"

gempak
07/08/2023
13:39 MYT
Fyna Jebat hilangkan diri...
Laman Utama

Seperti Drama ‘Hijrah Jannah’, Suzur Sofia Kongsi Pengalaman Bergelar Mualaf Selepas Berkahwin Dengan Anak Zainal Abidin - “Walaupun Sukar Tapi…”

gempak
01/07/2023
02:55 MYT
Suzur Sofia akui perjalanan mengenal Islam bukan mudah.
Unitar