,
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

Amri Hassan
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Kata band yang sudah ‘menakluk’ peminat dengan muzik progressif itu, peluang untuk membuat persembahan sempena Malam Galau Kuala Lumpur bersama beberapa band lokal terbaik yang lain pada 8 November hadapan di Zepp Kuala Lumpur adalah satu kesempatan keemasan.
“Kami bersyukur dengan kesempatan yang diberikan untuk hadir sama menghiburkan peminat di Malaysia sempena Malam Galau Kuala Lumpur. Ini merupakan kesempatan yang tidak mungkin kami lepaskan memandangkan konsert itu nanti akan menjadi permulaan kehadiran Juicy Luicy ke sini.
“Pastinya banyak perancangan yang kami akan buat untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Apa yang paling penting kami bukan sahaja mahu menambahkan bilangan peminat semata-mata tetapi juga mahu karya kami diterima baik oleh pendengar baharu,” kata mereka.
Band yang dianggotai oleh Julian Kaisar (vokalis), Denis Ligia (gitar elektrik), Zamzam Y.M (saxophone & gitar akustik), Dwi Nugroho (drum), dan Bina Bagja (bass) bakal menghiburkan peminat di sini dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka seperti Lantas, Sayangnya, Sialan dan Asing.
Juicy Luicy juga saban tahun menempatkan nama mereka ke dalam beberapa anugerah utama muzik Indonesia termasuklah Anugerah Musik Indonesia (AMI), Bandung Music Awards dan Billboard Indonesia Music Awards melalui pelbagai karya yang dihasilkan.
Tambah manis apabila mereka berjaya memenangi kategori Duo/Grup of The Year sempena AMI26 (2023) menegenepikan nama-nama besar seperti Yovie & Nuno, Ungu, For Revenge dan Armada selain merangkul Duo/Grup Jazz Terpopular Bandung Music Award pada tahun yang sama.

BERITA TRENDING: Kumpulan Popular Indonesia, Juicy Luicy Bakal Gegarkan Malaysia Dalam Konsert Solo Pertama!

BERITA TRENDING: Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

BERITA TRENDING: Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

BERITA TRENDING: Fourtwnty Bakal Kembali Ke Malaysia November Depan Menerusi Konsert MyAncasà

Konsert Malam Galau Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh HashTag Media bersama Black Sky Enterprise sebenarnya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) yang banyak membantu merancakkan agenda seni tempatan.
Menariknya, sejak konsert ini diumumkan secara rasmi kurang sebulan yang lalu, tiket-tiket sudah terjual lebih 60 peratus menandakan maklum balas positif daripada peminat mereka di sini.
Menurut penerbit Konsert Malam Galau Kuala Lumpur, Elmi Elmo pula menganggap kehadiran Juicy Luicy begitu istimewa memandangkan mereka sudah mempunyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhan. Karya-karya yang dihasilkan mereka juga kena dengan selera pendengar yang sentiasa mahukan kelainan dari semasa ke semasa.
“Rangkaian lagu-lagu mereka kena dengan tema Konsert Malam Galau yang sudah diadakan beberapa kami sebelum ini. Atas dasar itu juga membuatkan kami yakin dengan kemampuan mereka untuk menghiburkan peminat di sini.
“Untuk band lokal pula, kami masih memilih band mana yang bersesuaian dan kena dengan konsep. Apa yang bolej saya katakan, akan ada empat band lokal yang akan bersama Juicy Luicy pada malam itu nanti,” kata Elmi mewakili HashTag Media.
Selaku penerbit bersama, Willy Dozan yang mewakili Black Sky pula menganggap percaturan membawa band ini sebagai satu langkah berani memandangkan mereka belum pernah muncul secara rasmi di sini.
“Pihak kami bersyukur dengan sambutan hangat yang diberikan oleh penggemar terhadap Juicy Luicy. Sebaik sahaja kami mengumumkan kehadiran mereka, jualan tiket sangat memberangsangkan membuktikan mereka sudah mempunyai peminat tersendiri.
“Sudah pasti itu bukan sahaja memberikan kelegaan tetapi juga menggembiran band itu yang mahu memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan mereka nanti,” kata Willy.
Sebagai info, lagu Lantas yang dikeluarkan pada 2020 banyak menaikkan nama mereka sehinga distim sebanyak 284 juta kali di Spotify. Malah beberapa lagu lain turut mendapat jumlah strim yang tinggi membuktikan karya mereka diterima ramai.
Konsert Malam Galau Kuala Lumpur bersama Juicy Luicy bakal berlangsung 8 November hadapan di Zepp Kuala Lumpur. Tiket-tiket dijual dengan harga RM128 (Teriak), RM 158 (Terpaling), RM 228 (Teresak), RM 288 (Tersendu) dan VIP Royal Box berharga RM 3088 (Tergalau).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Hiburan

Ernie Zakri Menang Anugerah Pertama Di Indonesia, Lagu Masing Masing Dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop - “Rezeki Yang Luar Biasa”

gempak
20/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Unitar