gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bayi 3 Bulan Maut Akibat Tertindih Lengan Bapa Meninggal Dunia Kena Serangan Jantung
BERITA
52 Tahun Hidup Bersama Berus Gigi Dalam Badan
HIBURAN
Penyanyi Dangdut 80an, Zeleha Hamid Meninggal Dunia - “Awal Pagi Tadi Keadaan Arwah Masih Okay Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Jual Blusher, Tapi Tayang Produk ‘Pesaing’, Netizen Pertikai Tindakan Ameera Khan - “Orang Boleh Confuse…”

gempak
Umirah Halim
28/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Jual Blusher, Tapi Tayang Produk ‘Pesaing’, Netizen Pertikai Tindakan Ameera Khan - “Orang Boleh Confuse…”
Personaliti media sosial dan usahawan kosmetik, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu gambar memaparkan barisan produk solekan di atas meja ketika berada di atas bot mewah.
Namun, apa yang mengundang tanda tanya warganet adalah apabila produk miliknya sendirI, iaitu pemerah pipi atau blusher jenama Ellemkay tidak kelihatan langsung dalam gambar tersebut, sebaliknya hanya produk yang menyerupai blushernya, iaitu jenama antarabangsa Rhode sahaja menjadi fokus utama.
Perkara ini menimbulkan reaksi kurang senang daripada netizen yang menyifatkan tindakan Ameera seolah-olah “menjual produk sendiri, tetapi tayang produk lain”.
View this post on Instagram
A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)
“Dia jual blusher brand dia, tapi post gambar bag. Takde gambar blusher brand sendiri tapi brand Rhode yang ‘ditiru’. Apooooo 🤣,” tulis seorang pengguna di Thread.
Tindakan memuat naik gambar produk pesaing atau produk yang kelihatan seperti pesaing dalam hantaran sendiri menimbulkan persoalan mengenai strategi pemasaran dan kredibiliti jenama milik Ameera.
“Kalau nak promote brand sendiri, kenapa tayang brand lain? Orang boleh confuse, atau lagi teruk, orang banding terus,” kata seorang lagi pengguna.
Setakat ini, Ameera masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kritikan tersebut.
Terdahulu, Produk Ellemkay, didakwa mempunyai rekaan hampir serupa dengan Rhode Pocket Blush dari segi bentuk silinder dan rekaan minimalis, sekaligus mencetuskan perbandingan meluas di media sosial.
Sumber: Threads
Topic Berkaitan
#Produk
#Ameera
#Khan
#blusher
Must-Watch Video