,
Hiburan

Jom Strim Konsert Tahun Baru ‘Ciao ERA 2020 Bersama Joe Flizzow’ Di ERA

Amri Hassan
30/12/2020
03:21 MYT
Sempena sambutan Tahun Baru 2021, jenama radio ERA menerusi kolaborasi bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia bakal menghiburkan para peminat dengan konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’, dibawakan secara langsung pada 1 Januari 2021, jam 9 malam menerusi Facebook Live dan YouTube Live ERA.
Konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’ bakal menyaksikan kemunculan Joe Flizzow, penyanyi hip hop terkenal dan prolifik, beraksi secara maya bersama kumpulan pemuzik (live band) handalan serta berpadu suara bersama barisan penyanyi-penyayi hip hop tempatan termasuk SonaOne, Azlan & The Typewriter, MC Syze, Adeep Nahar, Yonny Boi dan Zynakal.
Setelah hampir 22 tahun berada dalam industri, Joe Flizzow bakal membuat persembahan kepada peminat-peminat muzik hip hop di Malaysia dengan lagu-lagu hit seperti Iller iller, Sampai Jadi dan Satu Kali.
Manakala gabungan bersama penyanyi-penyanyi hip hop tempatan bakal menyaksikan persembahan lagu-lagu terhebat seperti Apa khabar (SonaOne), Kuasa (Azlan & The Typewriter), Selamba (MC Syze), Sakit (Yonny Boi & Zynakal), dan Apa Benar (Adeep Nahar).
Para peminat muzik hip hop dijemput untuk menyaksikan konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’ serta menantikan persembahan-persembahan bertenaga menerusi Facebook Live dan YouTube Live ERA. Dapatkan maklumat lanjut tentang konsert ini menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram ERA.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.