,
Laman Utama

Johnny Depp Terima Kontrak Termahal Dalam Sejarah Jenama Dior, Jauh Tinggalkan ‘Nilai’ Brad Pitt & Robert Pattinson

Maliah Surip
14/05/2023
14:45 MYT
Jenama terkenal Perancis yang bukan hanya terkenal dengan rangkaian fesyen tetapi juga wangian, Christian Dior dilaporkan telah memperbaharui kontrak ‘luar biasa’ dengan pesohor hiburan penuh kontroversi, Johnny Depp.
Dior didakwa telah menjalin kerjasama baharu dengan Depp sebagai ‘wajah wangian’ lelaki dengan nilai kontrak terbesar dalam sejarah mereka.
Depp dikatakan menerima kontrak bernilai RM89.5 juta ($20 juta) untuk tempoh tiga tahun, lapor satu sumber kepada Variety.
Nilai kontrak tersebut dipercayai jauh ‘meninggalkan’ jumlah yang pernah diperoleh beberapa duta Dior yang lain termasuk bersama aktor Robert Pattinson dan Brad Pitt.
Pattinson pernah menjadi duta Dior Homme dengan bayaran RM53.7 juta ($12 juta) manakala Pitt yang mempromosikan Chanel No.5 menandatangi kontrak bernilai RM31.3 juta ($7 juta).
Bagaimanapun pihak Dior dan Depp belum memberi kenyataan rasmi terhadap laporan yang dikeluarkan.
Dior sebelumnya tidak mengendahkan kontroversi yang tercetus di antara Depp dengan mantan isterinya, Amber Heard pada 2020 dengan meneruskan kerjasama di antara mereka yang terjalin sejak tahun 2015.
Bintang Pirates of the Caribbean sangat sinonim sebagai wajah Dior Sauvage yang memberi imej dirinya sebagai rocker yang ‘nakal’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning

gempak
08/09/2024
21:53 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Hollywood

Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

gempak
29/08/2024
05:10 MYT
Didakwa sedang hangat bercinta dengan aktor, Johnny Depp, pelakon, Jenna Ortega tampil menjernihkan keadaan.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hollywood

Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah

gempak
25/05/2024
14:55 MYT
Seorang lagi anak mereka menggugurkan nama Pitt sekaligus tidak mahu dikaitkan dengan aktor tersebut sebagai lelaki yang pernah menjadi bapa mereka.
Hollywood

Johnny Depp Bakal Kembali Main Watak Kapten Jack Sparrow

gempak
22/05/2024
12:35 MYT
Penerbit Jerry Bruckheimer mendedahkan rancangan untuk kembali membikin filem fenomena Pirates of the Caribbean.