Berita
JoHaRa Tour Di Pulau Pinang Gamat Dengan Kehadiran 1,000 Pengunjung
Sempena meraikan ulang tahun ERA, stesen radio terkemuka ini telah mengadakan kempen perdana yang bergelar JoHaRa Tour.
Kempen ini telah menyaksikan ketiga-tiga penyampai utama ERA iatu Johan, Hanif dan Ray bersama rakan-rakan selebriti ERA bertempat di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Sabtu lepas.
Antara selebriti yang telah membuat persembahan adalah Shiha Zikir, Zizi Kirana dan Haqiem Rusli.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, ini merupakan lokasi pertama JoHaRa Tour dan kali pertama JoHaRa turun bertemu peminat pada tahun 2018.
Terdapat pelbagai permainan disediakan khas buat pengunjung dan kesemua permainan itu telah memberi sambutan yang positif.
Penerimaan kempen sangat menggalakkan apabila lebih seribu orang hadir ke kempen ini.
Buat peminat JoHaRa di Johor, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka di Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru pada 15 September akan datang.
Must-Watch Video