Zon Lawak

Johan Tepati Ramalan, Muncul Juara SS Superstar

gempak
Ahmad Shah
07/10/2016
16:01 MYT
Sponsor Banner
Johan Tepati Ramalan, Muncul Juara SS Superstar
Pelawak dan penyampai radio, Johan menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar (SS Superstar).
Johan yang juga anggota kumpulan Monyet Mafia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.
Manakala Naib Johan menjadi milik Abam sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Sementara Achey menduduki tempat ketiga yang turut membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi.
Sementara Fad, Ozlyn, Tauke terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima dan keenam serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 setiap seorang.
Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan enam peserta Ozlynn, Fad, Abam, Tauke, Johan dan Achey berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.
Minggu akhir SS Superstar menampilkan pelakon dan penerbit popular Hans Isaac sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki.
SS Superstar akhir bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).
SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.
Pentas akhir SS Superstar turut menampilkan Ayda Jebat, Zizan Razak, Black dan Tomok sebagai artis jemputan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024