HIBURAN
Jofliam & Dewi Bercuti, ‘Glamping’ Mewah Di Sebelah Hutan Misteri Aokigahara, Jepun – “So far, Tak Ada Hantu Pun”
Pempengaruh dan usahawan Piza Wagyu, Jofliam berkongsi pengalamannya bercuti bersama isteri, Emira Delyati atau Dewi.
Glamping mewah di lokasi misteri
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Jofliam memaklumkan dia kini bercuti di salah satu tempat dalam senarai ‘wishlist’ miliknya iaitu kawasan pergunungan Fuji, Jepun.
Menurut Jofliam, apa yang lebih mengujakan dalam percutiannya ini adalah pengalaman mereka menginap di glamping mewah berdekatan lokasi penuh misteri, Aokigahara iaitu hutan yang cukup dikenali sebagai tempat ‘berhantu’ dan penuh kisah tragis.
“Antara ‘wishlist’ di Fuji, camping style tapi versi selesa berdekatan dengan Aokigahara tempat famous orang bunuh diri dekat sini.
“Sebenarnya seberang jalan sahaja. Depan sikit dah Nansawa Cave Village. Vintage trailer saya terletak di hutan Motosu, lake Motosu daerah Fujikawaguchiko.
“Tapi nak ke bandar Fujikawaguchiko itu pun dah 45 minit. Kira jauh ke dalam hutan. Vintage trailer ni boleh duduk 6 hingga 8 orang.
“Jadi kalau kongsi mungkin tak rasa besar sangat nilai per night. Macam saya berdua sahaja. Duduk pula 3 malam,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Balas Balik! Dakwa Tak Pernah Terima Nafkah Dari Jofliam Sebelum Wujud Piza Wagyu - “Jangan Ilusilah Pernah Bagi RM240,000 Setahun“
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Guna ‘Glove’ Sama Tarik Karpet Merah & Hantar Piza, Jofliam Tampil Beri Penjelasan - “Sarung Tangan Berbeza, Banyak Saya Tukar…”
ARTIKEL BERKAITAN:Jofliam Jawab Dakwaan Pizza Lembik, Nafi Jadi Punca Keracunan Makanan - “Dari Cari Cara Kotor, Cuba Fikir Macam Mana Nak Kalahkan Dough Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Penuh Kesan Cakaran, Rakan Baik Kongsi Wajah Terbaharu Cik Epal Lepas Diserang - “Masa Dapat Gambar Ni, Serious Berderau Tengok…”
ARTIKEL BERKAITAN:Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Gelar Sebagai ‘Cheat Code’, Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu - “Moga Ada Kifarah Untuk Orang Mulut Puaka Macam Ni!”
Tiada gangguan misteri
Bagaimanapun kata Jofliam, sepanjang berada di tempat percutian tersebut, dia dan isteri tidak mengalami apa-apa gangguan misteri.
“Sauna, semua ada. Water pressure pun sangat okay. Siapa nak cuba duduk dalam hutan, tak ada gangguan.
“Pengalaman betul ke ada hantu, saya sangat recommend tempat ni. Cuma, mana-mana tempat, sini jam 9 malam dah kena stop semua gangguan bunyi. Setakat ini tak ada hantu pun,” ujarnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Jofliam:
Must-Watch Video