gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Joey Daud Kongsi Tips Elak Kena Santau - “Kita Pakai Seluar Dalam Secara…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
24/06/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Joey Daud Kongsi Tips Elak Kena Santau - “Kita Pakai Seluar Dalam Secara…”
Pelawak dan pelakon Joey Daud berkongsi tips untuk mengelak daripada diri terkena dengan gangguan ilmu hitam atau sihir yang dihantar orang tidak baik.

Seluar dalam

Menerusi perkongsian di podcast Ashhhrapp Channel, Joey memberitahu salah satu tips adalah memakai seluar dalam secara terbalik.
“Tips untuk mengelak daripada orang buat kita. Benda ini macam kelakar, tapi kalau dari segi logik akal macam betul. Apa yang kita pakai ini jangan sempurna.

“Macam baju kita kena pakai sempurna la. Paling tak sempurna, kita boleh pakai seluar dalam terbalik. Jadi, benda itu tak sempurna.

“Kalau dia nak datang, tak sempurna dia akan patah balik. Seluar dalam hanya kita saja yang tahu, benda itu terbalik. Paling kuat pun isteri kita,” kongsinya.

Pasangan program lawak

Pada perkongsian yang sama juga, Joey turut mendedahkan bagaimanapun dia memujuk pelakon Khir Rahman untuk menjadi pasangannya dalam program Raja Lawak 1.
“Saya yang pujuk Khir. Masa itu saya beritahu pihak berwajib dulu. Saya nak buat kelainan dengan bawa seorang pelakon sebagai pasangan saya.

“Orang tak pernah buat. Mula mereka tak setuju, tapi saya yakinkan mereka untuk percaya dengan saya. Saya akan buat sesuatu benda yang wow.

“Mereka pun bersetuju, Khir pula tak nak tapi bila saya yakinkan dia, dia percaya saya… saya cakap kita kongsi ilmu, bergabung. Terus dia kata okay dan hasilnya juara,” ujarnya.
@ashhrapp_channel Siapa je tahu kalau terbalik #horror #podcast #ceritaseram #kisahseram #podcastclips #kisahhantu #fyp #seram #ceritahantu #ashhrappchannel ♬ original sound - Ashhrapp Channel
Topic Berkaitan
#Sihir
#Joey Daud
#Santau
#Program lawak
#Gangguan ilmu hitam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement