,
Berita

Jimat RM10 Sebulan… Fahmi Fadzil Umum Tiada Bayaran Tambahan Bulanan Untuk Akses 5G

Izwan Isa
10/01/2024
09:55 MYT
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dalam sidang media selepas sesi ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) di sini hari ini, beliau berkata keputusan untuk tidak mengenakan bayaran bagi mendapat akses 5G itu dimaklumkan oleh semua ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi kepada beliau.
"Sehubungan itu, pengguna mempunyai pelbagai pilihan penawaran pelan dan perkhidmatan tambahan berdasarkan kesesuaian penggunaan individu. Pengguna bagaimanapun perlu memastian peranti yang digunakan menyokong rangkaian 5G," katanya.
Pada 7 Nov 2023, Fahmi dilaporkan berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
Sementara itu, Fahmi menggesa semua pengendali rangkaian mudah alih untuk memberi perhatian serius terhadap segala permasalahan berkaitan telekomunikasi yang diutarakan rakyat.
"Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan berkualiti yang setimpal nilainya dengan langganan perkhidmatan," katanya.
Ditanya status capaian rangkaian 5G di Malaysia ketika ini, beliau berkata perkara berkenaan akan diumumkannya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Fahmi berkata turut akan diumumkan ialah status Digital Nasional Bhd (DNB) sama ada diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi atau Kementerian Digital.
"Dua-dua ini akan saya umum esok. Saya kena bawa ke Kabinet dulu," katanya.
Anwar ketika melaksanakan rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan pada 12 Disember lepas mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Tinjauan Gempak mendapati, tiga syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia iaitu Maxis, Celcom serta Digi mengenakan cas tambahan RM10 kepada pengguna yang inginkan sambungan rangkaian 5G pada telefon bimbit masing-masing.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kumpulan Pelaksana Dijangka Terima Kenaikan Gaji Sehingga 42.7%

gempak
07/08/2024
10:30 MYT
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 hingga 42.7 peratus.
Berita

PM Tidak Puas Hati Insiden Buli Siber, Mahu MCMC & PDRM Ambil Tindakan Tegas

gempak
18/07/2024
11:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini melahirkan rasa kesal terhadap insiden buli siber yang semakin parah ketika ini sehingga menyebabkan kematian.
Hiburan

Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."

gempak
04/06/2024
18:15 MYT
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian Allahyarham pelakon dan penyair, Pyanhabib sebagai satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Berita

Telefon Bimbit & Kad Sim Milik Aliff Syukri Disita, Dihantar Ke Forensik

gempak
05/04/2024
01:55 MYT
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, peralatan komunikasi terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.