gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ridzokumura Jawab Sebab Lot Sebelah Pusara Akiko Okumura Dikosongkan - "Tak Boleh Digali Sebab ..."
VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Jennifer Coppen Tak Puasa: “Kalau Lambat Makan Macam Orang Nak Mati”

gempak
Maliah Surip
20/03/2025
22:55 MYT
Sponsor Banner
Jennifer Coppen Tak Puasa: “Kalau Lambat Makan Macam Orang Nak Mati”
Pempengaruh dan artis Jennifer Coppen dari Indonesia, mendedahkan dirinya tidak berpuasa sejak Ramadan 2025 bermula.
Hal itu lantaran dirinya mempunyai penyakit yang tidak membolehkan dia menjalani ibadat puasa seperti umat Islam lainnya.
Jennifer yang dilihat sedang aktif membuat konten bersama pempengaruh Aisar Khaled mengaku mempunyai penyakit anxiety (gangguan kecemasan) dan GERD (Gastroesophageal Reflux Disease).
Wanita yang menjadi terkenal di Malaysia selepas kehilangan suami yang meninggal dunia kerana kecelakaan jalan raya di Bali tahun lalu itu juga mengatakan doktor yang memberi saranan buat dirinya tidak berpuasa.
“Saya ada penyakit anxiety GERD, makanya belum dibolehkan puasa oleh doktor.
“Saya tidak boleh lewat makan, kalau lambat makan macam orang nak mati. Seperti sedang menanti sakaratul maut,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Selain itu, Jennifer juga menjelaskan tentang anxiety yang dialaminya. Dia mendedahkan punya alat untuk menilai detak jantung untuk mengetahui berapa parah keadaan dirinya pada saat terkena serangan.
“Saya mempunyai anxiety yang sangat teruk. Saya ada alat untuk menilai detak jantung kerana kalau diserang anxiety saya perlu tahu keadaan jantung,” luahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Viral
#Indonesia
#Puasa
#Jennifer Coppen
Must-Watch Video