HIBURAN
Jennifer Coppen Dikecam Kongsi Gambar Mesra Dalam Hotel , Netizen Anggap Tak Sensitif - “Kenapa Perlu Post Begitu?”
Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen menerima kecaman daripada netizen selepas berkongsi beberapa gambar mesra bersama pemain bola sepak, Justin Hubner di media sosial baru-baru ini.
Antara yang mencuri perhatian adalah sekeping foto mereka berdua berada di dalam bilik hotel, selain gambar Jennifer mengenakan topeng muka sambil baring dalam suasana gelap.
Tindakan Jennifer memuat naik gambar-gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi kerana dianggap terlalu cepat membuka lembaran cinta baharu selepas kehilangan suami, Dali Wassink yang meninggal dunia dalam kemalangan pada Julai tahun lepas.
Beberapa pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan Jennifer, yang disifatkan tidak sensitif terhadap perasaan orang ramai.
“Nak buat apa pun itu hak masing-masing, tapi tolong janganlah dipaparkan kepada umum. Gambar di hotel seperti ini memang tak sesuai. Nanti bila kena kecam, jangan pula rasa diri dianiaya ya Jennifer.
“Di hotel? Pakai kimono? Berdua? Ingat ni kelas memasak ke?,” komen beberapa netizen.
Malah, ada juga yang mempersoalkan tujuan sebenar Jennifer memuat naik gambar berkenaan yang disifatkan seperti sengaja mahu mencetuskan kontroversi.
“Maksud aku, kenapa perlu post gambar macam tu? Dah tahu netizen tengah sensitif. Ke memang sengaja nak naikkan populariti?” komen netizen.
Sehingga kini, Jennifer belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kontroversi berkenaan.
Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky.
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.
Sumber: Threads
Must-Watch Video