VIRAL
Jenazah Lima Beranak Rentung Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad
Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka, pada Khamis lepas.
BERITA TRENDING: 5 Beranak Rentung: Kaki Patah, Bersimen, Suami Tak Dapat Bantu Selamatkan Keluarga
Jenazah Laila Fathinah Mustapa, 37, yang hamil lima bulan dan empat anaknya Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Haji Johari Bakar pada 10.45 malam di sini hari ini.
Kira-kira 1,000 penduduk kampung hadir pada pengebumian itu.
Bapa kepada empat kanak-kanak malang itu, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, dilihat dipapah oleh dua penduduk kampung ketika tiba di tanah perkuburan berkenaan.
Terdahulu, kenderaan yang membawa jenazah lima sekeluarga itu tiba di Masjid Baitulrahman Kampung Berangan Enam dari Hospital Jasin kira-kira 8 malam dan solat jenazah diimamkan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Abdul Halim turut membacakan talkin selepas jenazah dikebumikan. - Bernama
Must-Watch Video