,
Laman Utama

Jelajah Busking GEGAR Temui Peminat Di Pantai Timur!

Amri Hassan
16/09/2023
09:07 MYT
Bulan September ini, semua peminat GEGAR dijemput hadir memeriahkan Jelajah Busking GEGAR untuk berhibur dengan persembahan busking dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik, dijadualkan berlangsung di tiga negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Pahang, pada setiap Jumaat bermula 15 September hingga 29 September 2023.
Sila rujuk jadual Jelajah Busking GEGAR di bawah:
15 Sept, 9 malam : Terengganu (Tapak Foodtruck Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu)
22 Sept, 9 malam : Kelantan (Uptown Dataran MARA, Kota Bharu)
29 Sept, 9 malam : Pahang (Dataran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan)
Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan busking daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi.
Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam).
Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan.
Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking.
Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.
Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ikan Paus Bungkuk Pertama Kali Muncul Di Perairan Pulau Redang!

gempak
15/09/2024
15:06 MYT
Seekor ikan paus yang muncul di perairan Pulau Redang, Terengganu, dipercayai daripada spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) atau digelar paus bungkuk.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Drama

Bermasam Muka Sebab Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, Bolehkah Daniel Dan Stopa Berbaik?

gempak
06/09/2024
09:55 MYT
Setelah sekian lama berperang bagi menentukan nasi dagang negeri mana paling sedap, akhirnya Stopa dan Daniel membuat keputusan untuk bergabung.
Hiburan

Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”

gempak
05/09/2024
08:55 MYT
Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man rock oo’ memberitahu dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.