,
Berita

JBPM Siasat Butik Terkenal Ingkar Arahan Masuk Premis Terbakar

Gempak
26/03/2024
04:25 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah butik terkenal di Bangi, Selangor yang dipercayai telah mengingkari arahan dengan memasuki premisnya yang terlibat dalam kebakaran.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata siasatan secara menyeluruh itu, bagi mengetahui kejadian sebenar bagaimana pemilik premis berkenaan boleh masuk ke dalam premisnya, walaupun telah dihalang oleh pegawai bomba yang berada di lokasi.

Kotak-kotak kosong

"Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran, kita dapat lihat beberapa orang awam (pemilik dan pekerja) telah masuk ke dalam premis berkenaan.
"Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melanggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil, antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Kedah, pada Isnin.
Beliau berkata tindakan larangan yang dikeluarkan oleh pegawainya itu, kerana bimbang dengan keselamatan pemilik dan pekerja butik itu, selain mereka perlu memastikan nyawa penghuni lain di dalam premis, orang awam dan anggota bomba yang bertugas dalam keadaan selamat.

Kandungan

"Terdapat juga kandungan berhubung kejadian, kalau nak buat kandungan sekalipun, jangan sehingga membahayakan dan mengancam nyawa. Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial video butik jenama pakaian terkenal di Bangi, Selangor yang terbakar pada Sabtu dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila pemiliknya memuat naik video kebakaran berdurasi 50 saat itu, di akaun TikTok miliknya.
Orang ramai mempersoalkan tindakan pemilik butik itu yang sempat membuat video sinematik yang dirakam dari pelbagai sudut, ketika pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Terdahulu, Nor Hisham telah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kedah dan Perlis kepada 82 orang penerima.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Butik Terbakar, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Ambil Tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Video Ketika Butik Terbakar, Jenama Pakaian Ini Dikritik Netizen - “Sangat Cinematic”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Hiburan

Tauliah Mengajar Di Selangor Ditarik Balik, Ustaz Don Ada 14 Hari Buat Rayuan

gempak
13/08/2024
20:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajiddi diberikan tempoh 14 hari untuk merayu selepas tauliah mengajar ditarik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

gempak
20/07/2024
12:55 MYT
Kad sim dipercayai milik anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.