,
Laman Utama

Jayakan Lebai Sampan, Que Haidar Gementar Jumpa Beto Kusyairy: “Sempat Makan Nasi Lemak 3 Suap Saja”

Maliah Surip
05/07/2022
04:50 MYT
Que Haidar atau Que dan Beto Kusyairy yang dikenali dengan panggilan Beto adalah dua pelaku seni cukup disegani kerana kredibiliti mereka.
Masing masing memiliki kelompok penggemar sendiri. Apa lagi mengingatkan banyaknya naskhah lakonan mereka yang membekas di hati.
Que, 43, cukup harum dengan ikonik karakter Amy Mat Piah dalam filem seperti Rock OOO atau Malek dalam telemovie yang ditayangkan beberapa tahun lalu.
Beto, 42, selain lambakan naskhah di kaca televisyen, namanya kini mekar sebagai Wahid dari filem yang telah mencatat lebih RM47 juta kutipan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Punya nama yang cukup disegani dalam lapangan seni, ternyata kedua duanya malah saling gementar apabila ‘bersanding’ dalam sebuah naskhah untuk perdana kali.
“Saya sebenarnya pernah dua kali terbabit dalam satu naskhah dengan Beto, namun kedua duanya tidak berada dalam satu frame atau babak.
“Namun, ini pertama kali saya dan Beto berlakon dalam sebuah naskhah yang pemain utamanya antaranya adalah kami juga,” kata Que sewaktu ditemui dalam sesi temubual virtual bersama media.
Aktor tersebut ditemui sewaktu mempromosikan naskhah terkini lakonannya, Lebai Sampan. Selain Que dan Beto, Lebai Sampan juga membariskan aktor aktres berprolifik seperti Jalil Hamid, Ruminah Sidek dan Puteri Balqis.
Mengenang sesi penggambaran yang berlangsung selama tujuh hari, antara yang mencuit hatinya adalah mengenai hari pertama beliau melihat Beto.
“Masa itu penerbit beritahu saya, kereta Beto ada di belakang kereta kami menuju set.
“Waktu itu saya sudah nervous dan gementar lain macam. Kemudian saya turun kereta dan bersarapan. Beto masih di dalam kereta.
“Apabila beliau turun, beliau bersalaman dengan semua orang termasuk saya,
“Saya punya gementar, makan nasi lemak tiga suap sahaja. Lepas bersalam dengan Beto tangan punya sejuk dan basah sebab gementar,” kenang Que sambil ketawa.
“Beto pula cakap: ‘kalau sahabat gementar, saya pun gementar,” sambungnya lagi.
Perasaan gementar tersebut wujud kerana keduanya saling mengagumi dan menghargai bakat lakonan masing masing.
Dan akui Que penuh teruja: “Beto adalah seorang pelakon yang bijak, yang faham kerja beliau dan partner terbaik saya.”
Bakal ditayangkan pada 9 Julai, malam Raya Aidiladha pukul 10 malam di Astro Citra, Lebai Sampan diangkat dari kisah nyata dengan watak yang dipegang Que iaitu Hatta, masih hidup.
Itulah alasan mengapa Que setuju berlakon, setelah kali terakhir wajahnya dilihat di layar kaca televisyen lebih setahun lalu.
Bukan naskhah aksi atau seram misalnya yang mahu dilakukan, tetapi Que mengaku beliau lebih senang memilih karya yang manusiawi; sesuatu yang katanya lebih dekat dengan keinginan diri.
“Saya terima lamaran berlakon dalam Lebai Sampan kerana ia mengangkat permasalahan masyarakat, orang marhean dan kisah kehidupan, gurau senda juga tangisan yang menyentuh hati saya.
“Ini kisah benar, dan saya membawa watak Hatta, yang tuan punya badan menonton saya membawa karakternya di luar set. Bayangkan perasaan gementar macam mana.
“Tapi saya terima Hatta sebab banyak dialog Hatta yang menjentik atau mencuit isu semasa mewakili suara yang rasa ditindas,” katanya tentang watak lelaki tidak habis sekolah dan seorang yang lantang bersuara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.