Hiburan

Jay Iswazir Harap Ada Sinar Untuk Dirinya Selepas Pelbagai Ujian Melanda -"Saya Bukan Sahaja Hilang Isteri, Malah ..."

gempak
Ernalisa
11/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Jay Iswazir Harap Ada Sinar Untuk Dirinya Selepas Pelbagai Ujian Melanda -"Saya Bukan Sahaja Hilang Isteri, Malah ..."
Pelakon Jay Iswazir menganggap pembukaan tahun baharu ini merupakan antara dugaan terbesar yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

BERITA BERKAITAN: Terima Ugutan Gara-Gara Dituduh Dayus Terhadap Bekas Isteri, Jay Iswazir; - " Ujian Ini Untuk Cuci Dosa-Dosa Saya"

BERITA BERKAITAN: Nama Digugurkan Beberapa Stesen TV, Jay Iswazir Anggap Bukan Rezeki - “Tipu Saya Kata Tidak Kecewa Tapi…”

Bagaimanapun kata Jay, dia percaya bahawa setiap dugaan atau ujian yang dilalui pasti mempunyai hikmah tersendiri.

" Tipu kalau saya kata saya tidak kecewa dengan hidup saya. Tetapi saya cuba fikir baik-baik mungkin ada yang indah Tuhan nak susun untuk saya selepas ini.

" Saya tahu saya tidak boleh kecewa atau rasa sedih terlalu lama, sebab itu kawan-kawan juga menasihatkan, kalau nak bersedih jangan ambil masa terlalu lama.
"Bila saya fikir semula, ada betulnya apa yang mereka cakap. Selepas apa yang terjadi saya terlalu banyak berdiam kerana terlalu kecewa.

"Saya bukan sahaja hilang isteri, dalam masa sama banyak kerja yang saya hilang. Banyak dugaan pada kali ini. Tapi Insya-Allah saya reda," katanya kepada Gempak.

Sebelum ini dilaporkan, Jay Iswazir menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya itu dan diberi masa selama 7 hari.
Tindakan itu dilakukan kerana bekas isterinya dikatakan mendakawa dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga.
Terdahulu, Azzahra tampil membuat laporan polis (cover report) sebagai bukti kenyataan dikeluarkan berhubung menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh bekas suaminya dengan mengatakan kejadian itu adalah benar.
Azzahra juga telah menyerahkan semua bukti terhadap dakwaannya itu kepada pihak berkuasa pada 9 Disember lalu.
Dalam pada itu, Jay Iswazir juga terpaksa berdepan masalah kerja apabila namanya telah digugurkan beberapa produksi ekoran isu rumah tangga yang melanda dirinya.
Sekadar info, Azzahra dan Jay telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun pasangan itu bercerai pada 28 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024