,
Laman Utama

Jatuh Ketika Ambil Wuduk, Roy Masih Belum Boleh Bangun

Gempak
30/11/2021
02:31 MYT
Penyanyi Roy, 57, yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mengambil wuduk tiga minggu lalu, masih ditahan di hospital.
Kemalangan tersebut menyebabkan Roy patah tangan kiri dan retak tulang punggung. Sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.
Isterinya, Linda, 56, berkata suaminya masih terlantar dan belum boleh bangun selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menurut Linda atau nama sebenarnya Haslinda Abdul Rahman berkata suaminya memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan dialami.
"Dia masih lagi ditahan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur bahagian rehabilitasi. Roy masih tak boleh bangun. Kaki kiri dan tangan kiri tak boleh bergerak sebab tulang punggung retak dan tangan patah.
"Keadaannya sedar dan boleh bercakap. Cuma doktor cakap ia akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk pulih," katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Ratnaku itu kini terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.
Penyanyi itu dikhabarkan sudah hampir tiga minggu berada di wad kerana mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul. Sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.
Januari lalu, Roy pernah dijangkiti Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan kemudian meneruskan kerjaya rutinnya sebagai 'buskers' di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Betty Benafe meminta orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukum secara  pukal kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Viral

Gara-Gara Pertama Kali Sertai ‘Spin Class’, Sofea Shra Kini Ditahan Wad - “Saya Mungkin Menghidap Penyakit…”

gempak
07/09/2024
04:55 MYT
Pempengaruh kecantikan, Sofea Shra memaklumkan dia kini ditahan wad di sebuah pusat perubatan disebabkan berkemungkinan menghidap penyakit Rhabdomyolysis selepas menyertai kelas ‘spin’ baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.