,
Laman Utama

“Jasad Kau Tak Bernyawa Laut Pulangkan” – Noraniza Idris Harap Bertemu Naim Hariri Di Syurga

Asraf Aided
27/12/2020
08:03 MYT
Mayat bakal pengantin lelaki yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam telah ditemui di tepi pantai, Kampung Alur Taman, Marang, Terengganu pagi tadi.
Lebih mengejutkan, mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dipercayai lemas itu merupakan anak saudara kepada penyanyi terkenal, Noraniza Idris.
Perkara itu dimaklumkan melalui perkongsian Noraniza di akaun Facebooknya sebentar tadi.
Noraniza berkongsi rasa duka dan redha dengan pemergian Allahyarham.
"Rehatlah Naim, anak syurga Mak Long, lepaskan lelah dunia, kami redha dengan pemergian kau.
"Sesungguhnya ramai saksi dunia ini melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempatmu Naim.
"Hari ini walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehatlah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu di syurga Allah kelak," tulisnya.
Difahamkan, mayat Naim ditemui oleh pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada pada pukul 8.55 pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari kawasan dilaporkan lemas.
Semoga roh Allahyarham tenang di sana, Al-Fatihah.
Sumber : Berita Harian & Facebook Noraniza Idris Kredit Foto : utusan.com.my & Instagram Noraniza Idris
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mayat Bayi Ditemui Tertanam Depan Rumah Di Ipoh

gempak
27/08/2024
16:55 MYT
Mayat itu ditemui kira-kira jam 11 pagi ketika pengadu sedang membuat kerja-kerja baik pulih rumah berkenaan.
Laman Utama

Mayat Lelaki Bogel Ditemui Dalam Parit, Dipercayai Dibunuh

gempak
24/08/2024
04:55 MYT
Mayat lelaki bogel dengan kesan luka tumpul pada bahagian kepala dan badan ditemukan dalam parit di belakang sebuah kedai di Pekan Lama Nilai di sini pada Jumaat.
Laman Utama

Mayat Ketiga Dipercayai Mangsa Kelar Ditemui Di Pantai Leman

gempak
20/08/2024
10:25 MYT
Polis menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah di sini dipercayai menjadi mangsa bunuh dan kelar seorang suspek etnik Rohingya dalam kejadian pada Isnin.
Berita

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Berdekatan Kawasan Belukar

gempak
17/08/2024
23:55 MYT
Mayat lelaki hampir reput ditemui terbaring di kawasan belukar dekat Kampung Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.