VIRAL
Berjemaah Isyak Sama-Sama Dewi, Jofliam Umum Bakal Beri Pizza Percuma - "Saya Tak Buat Resepsi Kahwin, Tapi Saya Buat ..."
Meskipun tidak mengadakan majlis resepsi perkahwinan, personaliti media sosial Jofliam tetap mahu meraikan fasa baru hidupnya bersama isteri tersayang Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati dengan cara tersendiri.
BERITA TRENDING: Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Jofliam mengumumkan bakal memberikan pizza percuma menerusi satu acara yang akan diadakan pada minggu hadapan kepada umum.“Saya takda reception perkahwinan. Tapi saya akan gantikan dengan event saya. Pizza percuma next week!!!
“Tapi nak datang, kena battle walaupun percuma. Battle tunggu Rabu ni!! Saya letak banyak lagi makanan insyaAllah," tulisnya.
.jpg)
Sementara itu, dalam satu lagi posting, Jofliam turut berkongsi detik manis selepas bergelar suami apabila dia dan isteri menunaikan solat Isyak berjemaah buat kali pertama.
“Done 1st jemaah Isyak sama-sama, Chewahh.
"Moga berkekalan dan konsisten mencari Redha Allah," tulisnya.
BERITA TRENDING: “Semoga Awak Membimbing Dan Melindungi Saya, Suamiku” - Dewi
BERITA TRENDING: “Semoga Berbahagia Hingga Ke Neraka” - Cik Epal
Suhaimi, atau lebih dikenali sebagai Jofliam, dan pasangannya, Dewi, telah selamat melangsungkan pernikahan mereka hari ini, 5 April 2025.Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kad jemputan perkahwinan mereka yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Dewi juga pernah memuat naik gambar ‘final fitting’ busana pengantin, menguatkan lagi khabar angin tentang perkahwinan mereka.
Sekadar info, Dewi pernah didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.
BERITA TRENDING: Digelar Tak Ada ‘Class’ Sebab Perli Bekas Suami, Cik Epal Bidas Netizen - “Aku Tak Pernah Hadap ‘Validation’ Orang Untuk Nampak ‘Classy’”
Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.Must-Watch Video