HIBURAN
Jari Kaki Kelingking Myra Natasha Patah, Tergelincir Sebab Lantai Rumah Basah - “Perlu Pembedahan & Tak Boleh Berjalan Dua Bulan”
Pelakon, Myra Natasha memaklumkan jari kelingking kaki kanannya patah akibat tergelincir kerana lantai dapurnya basah.
Tergelincir, lantai dapur basah
Menurut Myra atau nama sebenarnya Yusmyra Natasha Abdullah, 30, kejadian itu berlaku apabila jari kakinya itu terkena pada bahagian tepi dinding ketika dia sedang berjalan ke arah dapur.“Pada mulanya saya fikir tiada apa-apa sebab bila periksa hanya lebam sahaja.“Apa yang berlaku adalah saya berjalan ke arah dapur dan kemudian saya tidak menyedari mesin basuh saya rosak. "Jadi air keluar dan lantai basah, kemudian saya tergelincir dan jari kaki saya terlanggar bahagian tepi dinding.
“Tapi selepas itu saya terasa sangat sakit dan saya terus ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut,” jelasnya menerusi hantaran di Insta Story miliknya pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Menjerit Sakit, Terbayang Tulang Patah" - Ayda Jebat Alami Slipped Disc, Dengar Bunyi 'Pop' Ketika Nak Letak Kasut Anak Di Lantai
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Cepat Melatah, Ella Nasihat Pendatang Baharu Perlu Persiap Mental: “Tidak Boleh Emosi”
ARTIKEL BERKAITAN:Jari Tengah Patah 3 Ketika Jalani Penggambaran Filem, Amir Nafis Anggap Kecuaian Sendiri - “Tangan Saya Dah Tak Boleh Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN:Tulang Leher Adam Lee Patah, Ingat Pesan Ibu Untuk Terus Kuat - “Ini Bukan Lakonan, Ini Kejadian Sebenar”
ARTIKEL BERKAITAN:Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum
Perlukan pembedahan
Dalam hantaran lain, myra memaklumkan hasil daripada pemeriksaan doktor, dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin."Jari kelingking saya perlu jalani pembedahan dan tidak boleh berjalan selama dua bulan," jelasnya.
Must-Watch Video