,
Laman Utama

Jarak Bukan Penentu Kesatuan Menyambut Aidilfitri, Inilah Mesej Dalam Senandung Hari Raya Untukmu 2021

Asraf Aided
14/05/2021
07:40 MYT
Sungguhpun ramai yang kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, namun semangat beraya harus perlu diteruskan juga.
Tidak dapat pulang ke kampung bukanlah alasan untuk kita tidak meraikannya kerana dunia kini penuh dengan teknologi dan kemajuan. Kita sudah boleh berhubung dengan orang yang jauh hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau teknologi lain dimana dan bila masa sahaja.
Tahun 2021 ini, Todak Music membawakan kempen #SempurnaBersama bagi menguatkan lagi semangat kebersamaan dalam sambutan hari raya, khususnya dalam suasana pandemik yang mencabar ini.
Kempen #Sempurnabersama ini dihangatkan lagi dengan penghasilan sebuah lagu dan musik video yang baru sahaja dilancarkan. Lagu ini merupakan lagu raya lama yang popular dan masih lagi dimainkan setiap kali hari raya menjelang, namun Todak Music mengambil pendekatan dengan merakam semula lagu ini tapi diberikan nafas baru.
Susunan muzik lagu ini menggabungkan beberapa elemen dan genre muzik yang berbeza seperti ballad, pop, rock, tradisional dan ska. Ianya sungguh berbeza dari kebiasaan yang didengari pun begitu originaliti lagu ini masih tetap dikekalkan.
Tajuk lagu ini adalah Senandung Hari Raya Untukmu 2021 yang menggabungkan 6 orang artis iaitu Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai, Dina Nasz, Muzza & kumpulan Gerhana Skacinta.
Lirik lagu ini masih dikekalkan dan tiada perubahan cuma susunan muziknya sahaja yang berbeza. Bercerita tentang musik video pula, Leman menjadi watak utama dan juga sebagai narrator.
Leman sebenarnya merupakan seekor ayam kampung di dalam sebuah kampung yang bernama Kampung Fusion. Di kampung itulah semua orang berkumpul untuk meraikan hari raya bersama. Jadi, Leman lah yang akan memperkenalkan setiap ahli keluarga Fusion yang masing-masing mempunyai ragam dan gaya yang berbeza.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Muzik, Ikmal Fareeq berkata, meskipun semua terkesan dengan pelaksanaan PKP, namun ia tak bererti kita harus bersedih di Hari Raya.
“Kita tidak akan membiarkan apa pun menghalang kita dari meraikan hari raya Aidilfitri.
"Sungguhpun seluruh negara terkesan dengan pandemik ini dan terkawal didalam suasana PKP, tidak bererti kita kalah dan perlu duduk bersedih.
"Kita harus menang dalam membawa pelbagai cara untuk berhubung melalui teknologi komunikasi dengan keluarga yang jauh kerinduan dan jangan biarkan mereka kesunyian. Sungguhpun hanya melalui panggilan video, atau panggilan telefon, apabila semua ada maka #SempurnaBersama.
"Ini adalah masa untuk kita menilai dan menghargai individu yang ada disekeliling kita. Itulah mesej yang cuba ditonjolkan melalui musik video lagu Senandung Hari Raya Untukmu 2021 dan saya berharap semua yang menonton musik video ini akan terhibur dan sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan," katanya.
Sementara Pengurus A&R Todak Muzik, Kamarul Arifin (Arul) menambah, lagu yang diberi nafas baru ini sangat berbeza berbanding kebiasaan.
“Lagu yang diberi nafas baru ini sangat berbeza dari biasa. Saya yakin dengan susunan muzik baru ini dapat memberikan semangat baru buat kita semua dalam meraikan hari raya yang penuh dengan cabaran ini.
"Sokongan dalam pengelibatan Gerhana Skacinta dan Muzza dalam projek ini juga banyak memberikan impak terhadap penghasilan lagu ini," katanya.
Muzik video Senandung Hari Raya Untukmu 2021, kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube, Facebook dan IGTV Todak Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Hiburan

Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!

gempak
16/04/2024
07:00 MYT
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Hiburan

"Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

gempak
14/04/2024
12:55 MYT
Momen pelakon Bella Astillah beraya di kediaman ahli politik Syed Saddiq pada Ahad mencuri tumpuan ramai.