,
Laman Utama

Janna Nick Bersumpah Pegang Al-Quran, Nafi Persenda Kematian Bintang K-Pop

Asraf Aided
21/02/2021
13:35 MYT
Nama pelakon Janna Nick kembali menjadi bualan di Twitter disebabkan isu mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Isu itu dibangkitkan kembali oleh peminat hiburan K-Pop yang menyifatkan Janna umpama tidak menghormati pemergian Jonghyun kerana bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam sebuah video.
Dalam video yang tular pada tahun 2018 itu, Sakinah bertanya kepada Janna satu soalan yang memberi bayangan tentang mendiang.
"Ini yang mati tu kan?" tanya Sakinah, kemudia mereka ketawa.
Tidak mendiamkan diri, Janna tampil memberi penjelasan mengenai hal itu.
Menurutnya, dia langsung tidak tahu tentang maksud sebenar gurauan Sakinah itu dan hanya ketawa memandangkan pelakon tersebut suka bergurau, tambahan keadaan di salon rambut (ketika itu video itu dirakam) agak bising.
"Jujur demi Allah, saya tak tahu menahu pasal video artis K-Pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu tuju untuk dia, saya tak tahu langsung, saya hanya gelak sahaja dalam video itu.
"Tetapi kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini dah tak kelakar, jadi saya nak bagitahu, saya sumpah demi Allah, saya tak tahu," kata Janna menerusi sebuah video di Instagram.
Bukan sekadar bersumpah lisan, Janna turut memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan tersebut.
Dalam pada itu, Janna menyifatkan bahasa segelintir peminat K-Pop di negara ini agak kasar untuk dirinya.
"Bahasa peminat K-Pop ini terlalu kasar, terlalu kesat, untuk saya, segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus, atau saya menyanyi tak sedap, saya boleh terima.
"Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima. Saya boleh terima yang saya tak bagus, saya tak pernah dalam hati saya, walau setitik rasa saya bagus dari sesiapa.
"Saya masuk dalam industri nak cari rezeki sahaja, mungkin kadang-kadang saya terlebih bercakap, tetapi apa yang awak rasa tu sama ke dengan apa yang saya rasa?" katanya lagi.
Bagaimanapun, Janna tetap memohon maaf meskipun merasakan dirinya difitnah.
"Sekarang ni macam mana? Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf? Disebabkan saya tak suka nak layan benda-benda ni, tak apalah saya minta maaf, walaupun saya tak puas hati.
"Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik Kpop, saya minta maaf, sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa, saya minta maaf," katanya lagi.
Sebelum ini nama Janna menjadi panas sekitar Januari 2018 kerana didakwa mempersendakan kematian anggota kumpulan K-Pop, SHINee Jonghyun.
Selain Janna, nama lain yang turut terpalit adalah pelakon Sharifah Sakinah.
Jonghyun dilaporkan meninggal dunia pada Disember 2017 selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

“Tak Sangka, Muka Nampak Baik” - Peminat Terkejut Taeil Terlibat Kes Jenayah Seksual, SM Entertainment Terus Umum Keluar NCT

gempak
29/08/2024
14:55 MYT
Anggota Kumpulan K-Pop terkenal, NCT iaitu Taeil didakwa terlibat dengan kes jenayah seksual.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Viral

Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

gempak
30/07/2024
15:35 MYT
Pempengaruh, Andika Putera akhirnya tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi mengenai hal rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha.