,
Laman Utama

“Janganlah Kecam Orang Lain Yang Ajar Anak Berpuasa, Lain Padang Lain Belalang Kan?…” – Haiza

Fiza Kamarudin
21/04/2021
05:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Haiza tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah individu yang mengecam ibu bapa melatih anak berpuasa dari usia muda.
Haiza berkata, setiap individu mempunyai pendekatan yang berbeza dalam fasa membesarkan anak-anak mereka.
Mengulas mengenai isu menyuruh anak berpuasa pada usia muda sebagai paksaan dan satu penderaan, penyanyi lagu Mantan Isterimu itu menolak dakwaan tersebut.
“Saya ada terbaca beberapa posting di laman sosial berkenaan isu ini dan saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mendakwa menyuruh anak berpuasa merupakan satu penderaan.
“Saya sendiri tidak pernah paksa anak puasa tetapi sejak berusia 5 tahun, Iman sendiri bersemangat untuk bangun sahur dan berpuasa.
“Agaknya dia seronok tengok orang bangun pagi-pagi dan makan. Dia pun ikutlah…Walaupun dia hanya berpuasa ikut cara dia ketika itu, berpuasa setengah hari atau ‘puasa yang yuk’ sekalipun, bagi saya ia adalah proses pembelajaran untuk Iman.
“Anak-anak ni, mula-mula memang dia ikut-ikut je…Lama-lama dia akan terbiasa. Sekarang ini Iman dah masuk 9 tahun dan dia semakin memahami apa itu puasa dan kenapa kita perlu berpuasa.
“Lain padang, lain belalang kan?…Apa pun yang diterapkan dalam keluarga itu adalah hak masing-masing, tetapi janganlah sampai kecam ibu bapa yang sedang melatih anak mereka menyempurnakan rukun Islam ketiga itu.
“Tak patut jadikan ia sebagai satu isu besar dan konon-kononnya ibu bapa yang ajar anak berpuasa ini kejam dan kononnya mendera,” katanya.
Haiza ditemui Gempak pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music yang bertempat di 10 Gram Café , IOI Boulevard petang semalam (Selasa).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.