,
Hiburan

"Janganlah Boikot Acara Saya... Saya Neutral, Ruhainies & Bella Astillah Adik Kesayangan Saya" - Ifa Raziah

Amri Hassan
15/03/2024
07:54 MYT
Penyanyi dan usahawan selebriti, Ifa Raziah memohon peminat kedua-dua selebriti Ruhainies dan Bella Astillah tidak bertindak terlalu agresif hingga sanggup memboikot acara StarVendors Mega Raya Festival yang bakal berlangsung 29 Mac ini.
Jelas Ifa, sebagai pengajur acara dan usahawan, dia perlu profesional, begitu juga mana-mana selebriti serta peminat yang bakal berkunjung ke acaranya kelak.
"Saya ada dengar ura-ura nak boikot StarVendors, dah kenapa? Janganlah boikot... Apa salah saya? Saya tak buat salah pun, saya tak ada pun nak menyakiti hati orang, saya cuma nak berniaga je.
"Saya letakkan video Ruhainies dan Bella (Astillah) di media sosial Star Vendor, tapi ada peminat ekstrim yang marahkan Ruhainies dan Star Vendor, jangan ambil Ruhanies. Gugurkan nama daripada StarVendors...
"Tak bolehlah saya buat macam tu. Sebagai CEO StarVendors Event Sdn. Bhd. saya tak boleh menyebelahi mana-mana pihak.
"Saya perlu neutral, sebab kedua-duanya adik kesayangan saya yang saya hormati. Kedua-duanya saya dah kenal lama dah mereka. Mereka mencari rezeki dalam bidang seni dan berniaga juga di StarVendors," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

Ugutan boikot yang diterima Ifa terhadap acara anjurannya saban tahun itu difahamkan berpunca daripada keberadaan Ruhainies yang turut terbabit menjual produknya nanti.
Begitupun, Ifa menyifatkan tidak adil untuknya menggugurkan nama artis yang terpalit dengan kontroversi hanya disebabkan desakan peminat yang ekstrim.
"Jangan disebabkan isu peribadi mereka sampai ada peminat yang tak suka Ruhainies boikot StarVendors, tak adillah untuk saya, kasihanlah artis lain juga yang nak berniaga serta vendor lain yang dah bayar booth untuk berniaga. Tak bolehlah macam ni.
"Saya mohon semua doa yang baik-baik, daripada mengecam mereka, terus memburukkan keadaan, apa kata kita mendoakan supaya dapat dipulihkan dengan segera dan diselesaikan dengan cara baik walaupun saya tahu ia menyakitkan hati. Saya faham keadaan Bella dan Ruhainies," tegas Ifa.
Terdahulu, timbul gesaan peminat yang meminta agar nama Ruhainies digugurkan daripada acara StarVendors selain mengugut untuk memboikot acara terbabit yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
StarVendors merupakan acara jualan mega tahunan setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal, yang menghimpunkan barisan selebriti terkenal serta vendors yang menjual pelbagai produk.
Tahun ini, StarVendors bakal berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur dengan penyertaan lebih 50 selebriti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.