Hiburan
“Jangan Tunggu 24 Jam Macam Dalam Filem Atau Drama, No!”- Mat Redho Nasihat, Jika Berdepan Situasi Anak Hilang Terus Buat Laporan Polis
Atlet sukan lasak, Mat Redho menasihatkan ibu bapa yang berdepan dengan situasi kehilangan anak tidak perlu menunggu tempoh sehingga 24 jam untuk membuat laporan polis.
Jangan tunggu 24 jam baru buat laporan polis
Menurut Mat Redho, perkara disahkan oleh pihak polis selepas dia sendiri berdepan dengan kejadian yang mencemaskan baru-baru ini.
“Kita ada dengar atau banyak tonton televisyen berkenaan dengan kehilangan anak atau pun keluarga selepas 24 jam baru boleh buat laporan dekat balai polis.
“Salah! Polis sendiri pun memaklumkan kalau ragu-ragu, dalam masa setengah jam, dua jam, rasa macam keluarga hilang anda boleh pergi buat laporan terus.
“Sebab mereka ada hebahan secara internal, ada solid team mereka untuk prosedur mencari, pasukan mereka terus buat kerja.
“Anak hilang 15 minit, setengah jam dekat taman permainan, pusat membeli belah pun dah gelisah, apatah lagi saya yangmasa itu sudah berlaku hampir dua jam lebih.
“Saya terus pergi dekat balai polis tanya boleh tak nak buat laporan dan mereka terus minta info, gambar dan sebagainya. Alhamdulillah, pihak polis juga yang jumpa anak saya, memang rasa sangat lega,” katanya ketika ditemui Gempak.
Masih trauma dengan insiden hilang anak
Dalam pada itu, Mat Redho berkata sehingga kini dia masih lagi trauma dengan insiden tersebut.
“Sampai sekarang saya trauma, masih lagi memerhati anak saya, walaupun tengah bersembang dengan kawan, mata saya akan tetap tengok anak.
“Jadi saya mengharapkan kepada ibu bapa di luar sana, apa yang saya boleh bagi kesedaran dekat sini jangan tunggu 24 jam macam kita tengok dalam filam atau drama, no!
“Kalau rasa ragu-ragu terus pergi buat laporan polis atau pun beritahu kepada keluaga terlebih dahulu,” jelasnya
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Mat Redho Hilang Ditemui Selamat - “Our Boy Is Found Safe And Sound, Unharmed”
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Mat Redho Dilaporkan Hilang Di TTDI
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan
ARTIKEL BERKAITAN:Hilang 113KG, Influencer Mukbang Nikocado Dedah Dah Lama Rancang Buat Sosial Eksperimen - “Saya Cukur Kepala Supaya Orang Tak Kenal…”
ARTIKEL BERKAITAN:Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif
Terdahulu, Mat Redho dalam hantaran di Instagram sebelum ini memohon bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya, Haq Medin, 7, yang dilaporkan hilang.
Ketika kejadian, Haq Medin dilaporkan memakai baju berwarna kuning, seluar biru, kasut hitam, dan membawa beg hijau.
Must-Watch Video