,
Berita

"Jangan Tular Gambar Kertas Undi, Anda Mungkin Berdepan Hukuman Penjara " - SPR

Rozaimi Zubaidi
04/05/2018
03:53 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pengundi khususnya yang mengundi secara pos sama ada di dalam atau luar negara menularkan gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata larangan itu bertujuan memastikan ketelusan undi adalah rahsia, tetap terpelihara dalam PRU14.
"Larangan ini meliputi semua jenis pengundian termasuk undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa.
"Ia juga bertujuan memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
Mohd Hashim berkata, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata individu terbabit juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun daripada sabitan itu.
Jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang wakil rakyat, Mohd Hashim berkata kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan.
Sumber: Bernama Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Instagram Digodam Sekali Lagi, Azwan Ali Nafi Bertanding Pada PRU-14 Sebab Agenda Peribadi

gempak
02/05/2018
04:40 MYT
Berita

Macam-Macam Ada! Ini Fakta Menarik PRU-14 Yang Anda Perlu Tahu

gempak
30/04/2018
06:05 MYT
Berita

Hadir Awal Semasa Penamaan Calon, Azwan Ali Tampil Paling Bergaya

gempak
28/04/2018
04:59 MYT
Berita

Pertaruhkan Logo Gajah, Azwan Ali Yakin Mampu Meraih Undi Di DUN Bukit Antarabangsa

gempak
25/04/2018
03:41 MYT
Unitar