,
Laman Utama

“Jangan Terlalu Percaya..” - Off Phone & Block Di WhatsApp, Pembantu Rumah Emma Maembong Lari Ikut Jantan

Azwa Rahman
15/03/2021
07:23 MYT
Pelakon Emma Maembong berdepan situasi cemas apabila pembantu rumah lari meninggalkan anaknya di rumah sehingga tidak tanpa dikesan.
Menurut Emma, pembantu rumahnya bertindak membawa kunci rumah, kad akses serta dua plastik besar dengan alasan mahu membuang sampah dan kemudiannya tidak muncul-muncul.
Perkongsian itu dibuat menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya sambil memuat naik sebuah foto dan rakaman video pembantu rumahnya sedang menjaga Shariq Qabriel.
“Tujuan saya naikkan posting ni bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Tapi untuk orang di luar sana supaya berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura-pura baik dengan kita.
“Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah. Terus matikan hp dan block kami dekat WhatsApp, sampai sekarang tak boleh contact,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Malah Emma turut memaklumkan dia baharu sahaja membawa pembantu rumahnya membeli-belah telefon bimbit baru namun dia lari meninggalkan mereka sekeluarga gara-gara seorang lelaki.
Di samping itu, Emma turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan pembantu rumah.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Emma dan berharap pemilik nama sebenar Fatimah Rohani itu tabah berdepan situasi ini.
“Kesian baby tinggal sorang. Dah layan okay tak berterima kasih. Maybe sebab terpengaruh dengan member kat luar,” kata seorang wargamaya.
“Bahaya betul sekarang ni. Susah nak percayakan sesiapa kecuali family sendiri,” komen seorang wargamaya.
“Thank you kak Emma sebab ingatkan. Semoga Allah sentiasa lindungi kak Emma sekeluarga daripada perkara yang tidak baik,” pesan seorang wargamaya.
“Naib baik la dia tak bawa baby lari sekali. Dah layan baik-baik pun lari. Yang lain nak kena maki hanum ke?” ujar seorang wargamaya.
“Sebab tu saya tak percaya mana-mana Indo ni. Cari rezeki buat cara cari rezek. Bukan buat macam negara sendiri, bikin panas,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Emma tersebut telah menerima sehingga 18,000 tanda suka dalam tempoh satu jam dimuat naik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Hiburan

Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

gempak
01/08/2024
08:05 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menjawab persoalan netizen mengenai mengapa membenarkan pembantu rumah memiliki telefon.
Hiburan

Terkesan Kes Dr Say, Catriona Ross Tak Beri Kepercayaan Pada Maid - “Betapa Baik Pun Kita Layan, Tidak Menjamin Akan Dihormati”

gempak
01/08/2024
00:55 MYT
Pelakon, Catriona Ross merupakan antara artis yang terkesan selepas mengetahui kes mengenai pembantu rumah doktor selebriti, Dr Say.