Viral
"Jangan Salah 'Jual Diri', Bergaya Biar Bertempat" - Kak KM
Usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM menyelar tindakan seorang usahawan tempatan yang mengenakan jaket sejuk berbulu dan beg tangan mewah ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini.
BERITA BERKAITAN:'Founder' Melawat Mangsa Banjir Di PPS Siap Pakai Jaket Bulu & Handbag Mewah, Netizen Komen: “Tapi Sekarang Musim Hujan Kak, Belum Salji”
BERITA BERKAITAN:Dianggap Dominan Dalam Rumah Tangga, Kak KM Ada Cara Jaga Rumah Tangga Sendiri - "Hanya Kita Saja Yang Tahu..."
Kak KM menyifatkan usahawan terbabit cuba membuat 'content' agar viral, namun tidak kena pada tempatnya.
"Nak tunjuk siapa baju berbulu,beg mahal? Kita kalau kaya,kaya juga. Tak perlu tunjuk orang tahu kita kaya.Orang macam ini dia hadap viewers naik.
"Awak masuk kawasan banjir, ada baju dia. Kalau awak pergi majlis mewah pun ada pakaian dia. Pakailah yang sesuai. Nak tunjuk apa sebenarnya?
"Lagi pun sensitif sikit dengan keadaan orang yang sedang bersedih. Bantu orang itu dah bagus, cara 'jual diri' pulak tak kena tempat," katanya kepada Gempak.
Kak KM berkata, tidak salah untuk bergaya jika mampu, namun perlu peka dengan situasi.
Baru-baru ini viral sebuah rakaman video di media sosial memaparkan seorang usahawan tempatan melawat mangsa banjir di Kelantan tampil mengenakan jaket sejuk berbulu ketika menziarahi mangsa banjir.
Malah penampilannya yang beserta tas tangan mewah itu turut mencuri tumpuan warganet.
Dalam pada itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan usahawan itu.
Ada yang menyifatkan penampilannya di PPS tersebut kurang sesuai malah ada juga yang mengingatkan musibah yang menimpa adalah banjir bukan salji.
Usahawan yang dikenali sebagai Juliana Mazlan itu hadir bersama skuad prihatin bagi melawat mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berkenaan bersama skuadnya itu turut memberi sumbangan serta memasak untuk mangsa banjir di PPS tersebut.
Must-Watch Video