,
Hiburan

Jangan Salah Faham, Disney Hanya Hilang Hak Cipta Untuk Satu Rekaan Mickey Mouse Sahaja

Izwan Isa
03/01/2024
15:55 MYT
Syarikat Disney kehilangan hak ciptanya terhadap watak kartun legenda Mickey Mouse pada 1 Januari 2024.
Hak cipta ini adalah dalam bentuk reka bentuk watak Mickey Mouse yang muncul menerusi animasi pendek bertajuk Steamboat Willie pada 18 November 1928.
Selepas Disney kehilangan hak ciptanya, reka bentuk Mickey Mouse daripada animasi itu kini menjadi hak milik awam atau berada di domain awam.
Akibatnya, Disney tidak lagi dapat meraih keuntungan menerusi reka bentuk berkenaan. Sementara itu, masyarakat umum kini boleh menggunakan watak Mickey Mouse dengan rekaan daripada animasi Steamboat Willie secara bebas.

Mickey Mouse di animasi Steamboat Willie

Steamboat Willie ialah animasi pendek pertama yang menampilkan watak kartun Mickey Mouse. Disney menerbitkan animasi ini pada 18 November 1928. Steamboat Willie dikenali sebagai filem kartun pertama Disney yang mempunyai lakonan suara yang diselarikan dengan reka bentuk kartun.
Memetik laporan Muzium Seni Moden Amerika Syarikat (AS), Steamboat Willie dicipta oleh ketua animator syarikat bernama Ub Iwerks bersama pengasasnya, Walt Disney.
Steamboat Willie ialah sebuah filem dengan watak Mickey Mouse yang dibuat oleh Iwerks dan Disney untuk kali ketiga. Namun, ia merupakan filem pertama yang ditayangkan kepada umum.
Menerusi filem berkenaan, Mickey Mouse digambarkan sedang belayar dengan kapal wap yang diketuai oleh seekor kucing bermuka masam.
Filem ini ditayangkan di Teater Colony di New York dan mendapat reaksi hebat sebagai filem kartun pertama dengan bunyi yang diselaraskan.
Menariknya, sebelum filem ini diterbitkan, Disney tidak pernah memasarkan filem dengan bunyi tetapi hanya filem senyap.
Kemudian, Walt Disney dan Ub Iwerks mula merakam banyak bunyi daripada peralatan harian sebagai bunyi latar belakang Steamboat Willie. Contohnya bunyi peralatan dapur atau haiwan ternakan.
Filem ini berjaya meraih perhatian, malah pernah ditayangkan di Roxy, New York, iaitu pawagam terbesar di dunia ketika itu. Hal ini seterusnya menjadikan Disney cukup sinonim dengan Mickey Mouse.

Sebab Disney kehilangan hak cipta

Meskipun hak cipta terhadap rekaan Mickey Mouse di Steamboat Willie telah wujud sejak berpuluh tahun lalu, Disney secara rasmi kehilangan hak cipta berkenaan pada 1 Januari 2024.
Memetik Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat, negara tersebut memiliki undang-undang yang membolehkan hak cipta karya yang dibuat sebelum 1 Januari 1978 dipegang secara individu selama 95 tahun sejak pertama kali terbit atau 120 tahun sejak diciptakan.
Sementara karya yang dibuat setelah 1 Januari 1978 mendapat perlindungan hak cipta seumur hidup penciptanya, ditambah 70 tahun setelah sang pencipta meninggal dunia. Bermaksnya, Disney memiliki hak cipta atas rekaan Mickey Mouse di film Steamboat Willie selama 95 tahun sejak pertama kali dibuat pada 1928.
Namun setelah tempoh masa tersebut berakhir, pemiliknya akan kehilangan hak ciptanya atas rekaan tersebut dan diletakkan di domain awam.
Perubahan ini membuat orang awam dapat menggunakan rekaan Mickey Mouse daripada filem pertamanya secara bebas tanpa membayar biaya hak cipta kepada Disney.
Memetik The Guardian, Disney sering melobi secara perpanjangan kepemilikan hak cipta melalui Undang-Undang Perpanjangan Hak Cipta 1998.
Mereka ingin memperpanjangkan masa berlaku hak cipta menjadi 95 tahun. Hal ini membuat undang-undang tersebut dikenali sebagai Undang-Undang Perlindungan Mickey Mouse.
Bagaimanapun, penggubal undang-undang AS tidak berminat untuk melanjutkan undang-undang.
Jurucakap Disney berkata, orang ramai mengaitkan watak Mickey Mouse dengan Disney sejak ia mula-mula muncul.
“Itu tidak akan berubah apabila hak cipta filem Steamboat Willie tamat,” katanya seperti dilaporkan Sky News.
Meskipun Disney kehilangan hak cipta, rekaan Mickey Mouse lebih modern yang menggunakan sarung tangan putih masih mereka miliki.
Menerusi Ksl.com pula, beberapa watak kartun turut menjadi milik awam atas sebab yang sama.
Antaranya watak Winnie the Pooh yang memasuki domain awam pada 2022 dan Tigger daripada kartun yang sama turut menjadi domain awam pada 2024.
Sumber: Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Laman Utama

"Saya Takut Terjatuh Dalam Sungai Waktu Malam" - Cabaran Anak Saudara Haliza Misbun Berlakon Watak Pekak

gempak
20/11/2023
11:46 MYT
“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar"
Laman Utama

Basah Dengan Emosi, Larut Dalam Memori… Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem The Little Mermaid

gempak
24/05/2023
13:50 MYT
The Little Mermaid versi live action penuh rasa
Laman Utama

Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?

gempak
29/06/2022
05:50 MYT
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney
Laman Utama

#PopcornTime : Ledakan Fesyen & Sisi Gelap Estella, Filem Cruella Masterpiece Terbaru Disney?

gempak
03/09/2021
06:53 MYT
Wajib layan!