Berita
“Jangan Kecewa Jika Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan” - Nina Ismail Sabri
Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi pengalaman melahirkan anak sulung mereka, Jeanelle Nika Mandagie.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Nina Ismail Sabri memberitahu dia terpaksa melalui proses pembedahan saat akhir sebelum melahirkan puterinya itu.
Nina berkata dia dinasihatkan doktor untuk menjalani pembedahan kerana bayinya terlalu besar dan tulang pelviknya tidak dapat menampung saiz anaknya.
Bagaimanapun Nina memberitahu pada awalnya dia sangat takut untuk melalui proses tersebut namun selepas melahirkan, ia tidak seperti yang disangka.
Nina turut berpesan supaya patuh kepada nasihat doktor kerana apa yang penting ibu dan bayi selamat selepas proses kelahiran.
Malah Nina berkata ibu yang melalui kelahiran dengan proses pembedahan tidak perlu kecewa dan sepatutnya berbangga dengan parut yang dimiliki mereka.
Apa yang penting Nina memberitahu ibu-ibu perlu menjaga kesihatan dan sentiasa gembira selepas melahirkan supaya dapat melalui proses selepas bersalin dengan baik.
Must-Watch Video